Seorang bekas imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah menegur kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu “sokong Pas masuk syurga” yang disampaikannya ketika Muktamar Pas di Kelantan malam tadi.
Menurut Ustaz Zuliadin, kenyataan sedemikian tidak selayaknya dan disifatkan sebagai “bahaya” kerana ia menggambarkan budaya hulu dan takfir yang sudah lama wujud dalam Pas.
“Kenyataan Takiyuddin itu ketika bermuktamar di Kelantan, tidak selayaknya sebenarnya. Apabila bercakap tentang “sokong Pas, undi Pas memang masuk syurga”, ini bahaya. Inii bahaya.
“Inilah antara budaya-budaya hulu yang ada dalam Pas dan takfir juga yang ada dalam Pas. Bukan hari ni, berpuluh tahun dah.
“Hok saya ingat tahun 80-an lagi sampailah hari ini bawa cerita menggambarkan bahawa sokong Pas ini masuk syurga,” katanya dalam satu rakaman video.
Ustaz Zuliadin menegaskan dalam Islam, soal syurga tidak ditentukan oleh parti politik sebaliknya berdasarkan iman dan amal soleh.
“Nabi SAW bersabda Jannah. Sesiapa yang berkata ‘La ilaha illallah’ dengan iman dan keyakinannya masuk syurga. Bab masuk syurga tak kira parti.
“Orang Islam yang mengucap, beriman, beramal soleh aa beramal soleh nescaya dia masuk aa masuk syurga. Masuk syurga pula dengan rahmat Allah,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan kenyataan tersebut mengelirukan dan bukan mewakili Islam yang sebenar yang bersifat rahmah dan wasatiyyah.
“Jadi bila kita buat kenyataan seolah-olah undi Pas, masuk Pas, sokong Pas masuk syurga. Ni jelas. Ini kenyataan yang selama ni berpuluh tahun dalam ceramah.
“Menyatakan bahawa sokong Pas masuk syurga…Jangan. Ini mengelirukan. Ini pemikiran yang dia panggil hulu. Bukan wasatiyyah ni. Ini bukan rahmat, bukan Islam rahmat,” katanya.
Ustaz Zuliadin turut menggesa mufti, ilmuan dan alim ulama untuk menegur kenyataan-kenyataan yang disifatkannya mengelirukan itu.
“Perkara ini daripada tahun 80-an lagi, sampai hari ini budaya ini, cara cakap ini, cara ceramah ini… Oleh kerana kita menggambarkan kita Islam, orang lain tak Islam. Ini bahaya. Kita menggambarkan Islam. Kita berjuang Islam. Orang lain tak Islam,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment