Wanita Pengsan Tunggu Lebih 4 Jam Isi Petrol Di Bali

 

IMG_8518

Wanita pengsan lebih empat jam setelah menunggu di bawah terik matahari menunggu mengisi minyak di Denpasar pada 15 Oktober 2026. Foto janaan AI

DENPASAR, 18 Okt – Seorang wanita pengsan semasa beratur untuk mengisi minyak petrol motosikalnya di Bali. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa beratur selama lebih 4 jam di bawah panas terik.

Menurut hantaran di Facebook, selain wanita itu, beberapa orang lain turut sama pengsan semasa beratur dan dikejarkan ke fasiliti kesihatan dengan ambulans.

Beberapa kawasan di Indonesia mengalami masalah kekurangan stok petrol yang teruk kerana ketiadaan stok untuk dihantar.

Krisis bekalan minyak memaksa penduduk beratur panjang di stesen minyak di Denpasar sejak 14 Oktober 2026.

“Pertalite (RON90) yang menjadi pilihan utama telah kehabisan stok sepenuhnya dan Pertamax (RON92) pun turut menjadi buruan.

“Barisan menunggu juga dilaporkan sehingga 1KM jauhnya!,” kata kenyataan itu.

Sebagai langkah penyelesaian, Gabenor Bali telah memaksa stesen petrol untuk beroperasi selama 24 jam bagi mengatasi masalah kesesakan di stesen petrol.

Krisis bekalan minyak memaksa penduduk beratur panjang di stesen minyak di Denpasar sejak 14 Oktober 2026.

Keputusan ini dibantah oleh para petugas kerana memaksa petugas dan stesen beroperasi lebih lama daripada kebiasaannya.

Belum pasti sampai bila kesengsaraan kira-kira empat juta penduduk dengan lebih lima ribu kenderaan dapat bertahan dengan situasi kekurangan bahan api.





No comments: