KKDW...ELOK SPRM MASUK CAMPUR...JOM BACA DAN FAHAMI.


Adrian Lim







 Sebenarnya, KKDW dan MOF dua-dua pihak pun betul. Cuma masing-masing melihat daripada sudut berbeza.


------------


SUDUT PIHAK KKDW:


KKDW mempunyai komitmen terhadap kontraktor.

Akibat beberapa projek tahun 2019 - 2021, KKDW terpaksa mengguna peruntukan tahun 2022 - 2026 untuk membayar projek-projek tahun 2019 - 2021.

Maka timbul lah isu kontraktor projek tahun 2022 - 2026 tidak mampu dibayar, kerana sebahagian daripada peruntukan tahun 2022- 2025 telah diguna untuk membayar projek-projek tahun 2019 - 2021.


Untuk menyelesaikan masalah kontraktor tahun 2022 - 2026 tidak dibayar, KKDW terpaksa membuat permohonan peruntukan tambahan kepada MOF.

 

SUDUT PIHAK MOF:


(Tahun 2023: Tambahan RM700 juta)

KKDW diperuntukkan RM1.1 bil, tetapi KKDW kata tak cukup dan membuat permohonan peruntukan tambahan.

MOF luluskan dan akhirnya KKDW membelanjakan RM1.8 bil.

Ertinya MOF luluskan peruntukan tambahan RM700 juta kepada KKDW.


(Tahun 2024: Tambahan RM700 juta)

KKDW diperuntukkan RM1.3 bil, tetapi KKDW kata tak cukup dan membuat permohonan peruntukan tambahan.

MOF luluskan dan akhirnya KKDW membelanjakan RM2.0 bil.

Ertinya MOF luluskan peruntukan tambahan RM700 juta kepada KKDW.


(Tahun 2025: Tambahan RM700 juta)

KKDW diperuntukkan RM1.6 bil, tetapi KKDW kata tak cukup dan membuat permohonan peruntukan tambahan.

MOF luluskan dan akhirnya KKDW membelanjakan RM2.3 bil.

Ertinya MOF luluskan peruntukan tambahan RM700 juta kepada KKDW.


RM700 juta (2023) + RM700 juta (2024) + RM700 juta (2025) = RM2.1 bil


Ertinya, di antara tahun 2022 - 2025, MOF telah meluluskan dan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2.1 bil untuk menyelesaikan bayaran projek-projek tahun 2019 - 2021.


Peruntukan asal 2022 - 2025: RM4.0 bil.

Peruntukan tambahan 2022 - 2025: RM2.1 bil 

Peruntukan akhir 2022 - 2025: RM6.1 bil.


MOF meluluskan tambahan RM2.1 bil untuk menyelesaikan sebahagian tunggakan tahun 2019 - 2021.


------------


So, KKDW dan MOF tidak salah.

Penjawat awam tidak salah.

Mereka buat kerja ikut SOP berlandaskan undang-undang dan peraturan.


Jadi salah siapa?

Salah Zahid dan UMNO.


Isu ini timbul kerana Zahid dakwa peruntukan KKDW disekat.

Isu ini berpanjangan kerana UMNO memainkan naratif peruntukan KKDW disekat.


Ini hakikatnya.


Kontraktor-kontraktor lantikan zaman Mahathir (Bersatu) tidak dibayar habis pada zaman Mahathir.

Kontraktor-kontraktor lantikan zaman Muhyiddin (Bersatu) tidak dibayar habis pada zaman Muhyiddin.

Kontraktor-kontraktor zaman Ismail Sabri (UMNO) tidak dibayar habis pada zaman Ismail Sabri.


Akibat tidak dibayar habis, maka kerajaan Anwar lah yang terpaksa membayar kontraktor-kontraktor zaman Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri.


Kerajaan Anwar telah bayarkan RM2.1bil untuk melegakan kontraktor-kontraktor yang dilantik pada zaman Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri. Tau?


Itupun Zahid dan UMNO pihak tuduh peruntukan KKDW disekat.


Sekat kepala otak mu!


Kerajaan terdahulu buang taik.

Kerajaan sekarang cuci taik.

Taik-taik ini terlalu banyak dan terpaksa mengambil masa cuci.

Tiba-tiba mai pula hamlau-hamlau dari UMNO tuduh kerajaan sekarang tak reti cuci taik.


UMNO sepatutnya tanya Muhyiddin dan Ismail Sabri khususnya.


1. Kenapa kontraktor-kontraktor lantikan zaman Mahathir, Muhyiddin & Ismail Sabri tidak dibayar habis sehinggalah terpaksa dibayar pada zaman Anwat?


2. Bagaimana projek tahun 2020 2021 boleh diluluskan di tengah-tengah pandemik Covid-19, sedangkan seluruh negara tengah lockdown dan tenaga buruh semuanya tak boleh buat kerja? Nak sebat duit komisyen di tengah-tengah pandemik Covid-19?


Jeng jeng jeng. Tunggu SPRM siasat.





No comments: