GAMBARAN HURU HARA SEBUAH KERAJAAN

 


MOHD ASRI


May be an image of 3 people and text that says "Daily new confirmed COVID-19 cases Shown in the rolling 7-day average. The number of confirmed cases lower than the number of actual cases; the main reason or that limited testing. Our World in Data "INDIVIDU PULANG 4,000 TIDAK PERLU JALANI DARI SABAH KUARANTIN" (22 Sep 2020) 3,000 2,000 "ARAHAN BERKERJA DARI RUMAH DIBATALKAN" (30 Mac 2021) PRN SABAH (26 Sep 2020) Malaysia 1,000 Sep 10, 2020 Nov 16, 2020 Johns Hopkins University CSSE COVID-1 So.1 Data ISYTIHAR DARURAT (11 Jan 2021) Jan5,2021 Feb 24, 2021 Apr 30, 2021"


Huru hara..begitulah wajah sebuah kerajaan yang gagal. Gagal mendidik juga gagal mengurus. Terang2 dipersendakan rakyat.

Teruk juga kerajaan kena troll sebab pengumuman PKP yang diperketatkan ini. Ada juga yang bising, selama ini minta perketat PKP, bila kerajaan buat terus bising. Nak apa sebenarnya?

Betul juga. Bukan sebelum ini ramai yang bising minta lockdown ke? Tapi bila kedai makan boleh berniaga sampai 8 malam saja, ramai pula yang bising. Susah la macam ni.

Sebenarnya, betul rakyat mahukan total lockdown. Kerajaan yang tak berani. Kerajaan cuma berani perketat sahaja. Tapi rakyat sebenarnya bukan marah kedai makan ni buka sampai pukul 8 saja. Itu sumber kemarahan kedua.

Sumber kemarahan pertama apabila kerajaan gagal selesaikan isu utama. Apa isu utama?

Data menunjukkan hampir 60% jangkitan berlaku di kilang dan kawasan pembinaan. Tapi cuma lihat PKP yang diperketatkan itu. Ada perubahan pada operasi kilang dan pembinaan? Tak ada. Tapi dalam masa yang sama, kedai makan jadi mangsa.

Keduanya, arahan ini separuh masak. Disebabkan banyak industri masih tidak ditutup, maka masih ramai yang terpaksa keluar bekerja. Disebabkan itu, mereka tak sempat masak sendiri di rumah. Tapi kedai makan tutup pukul 8. Termasuk kedai burger.

Mereka pula habis kerja pukul 5. Gedebuk gedebak, pukul 6 baru gerak. Dengan jalan jem bagai, sempat tak mereka nak beli makanan untuk makan malam? Tentulah tak sempat. Jadi itulah puncanya kenapa rakyat bising dengan arahan ini.

Kenapa tutup pukul 8? Kenapa tak dilanjutkan ke pul 10? Apa beza tutup pukul 8 dan tutup pukul 10 malam? Itulah soalan yang ditanya. Jika difikirkan, betul juga. Apa masalah dilanjutkan sedikit sudah alang-alang tak ditutup?

Lebih pedih, mall dan gedung beli belah tiada pula terdengar arahan tutup. Tapi kedai runcit semuanya habis diganggu. Jadi tampaknya arahan ini seperti tidak seragam. Tampak macam kerajaan lebih kepada nak buli rakyat miskin.

Adakah kerajaan takut dengan tauke besar?

Aku ada terbaca posting seseorang membuat kira kira kos kerajaan. Aku tak ingat details tapi secara mudah, kerugian yang diranggung kerajaan akibat PKP, jika ditambah kos pesakit di ICU pun, lebih murah berbanding kerugian jika dilaksanakan total lockdown.

Aku tak tahu setakat mana kesahihan data itu tetapi ada logiknya. Dan jika benar begitu, bermakna kerajaan lebih rela rakyat mati ditelan Covid-19 dari menanggung kerugian akibat dari total lockdown. Benarkah kerajaan sekejam itu?

Untuk orang yang mempersoalkan 'rakyat nak macamana lagi sebenarnya', biar aku jawabkan. Rakyat mahukan perlaksanaan yang adil dan berkesan. Rakyat mahukan langkah yang buat sekali tapi kesannya berkekalan.

Bukan langkah terpilih! Perusahaan kecil ditutup, yang besar dibiarkan buka walau terbukti di situlah terdapat banyaknya jangkitan. Juga arahan tutup melibatkan mall dan gedung beli belah, bukan setakat kedai kecil.

Macam selalu aku kata, tak nampak keseriusan kerajaan dalam menghadapi pandemik ini. Tak ubah seperti melepaskan batoh di tangga. Buat sekadar 'janji buat'. Dan itulah puncanya rakyat tak berhenti troll kerajaan di media sosial.

Hakikatnya, kerajaan ini adalah #KerajaanGagal. Dan kerajaan ini akan terus gagal bukan setakat kerana kabinet yang tidak kompeten, tetapi kerana ia didirikan atas dasar pengkhianatan. Allah takkan sekali-kali memberkati pengkhianatan.

Duhai marhaen, bersedialah untuk hidup susah. Negara kita menuju ke corak sosioekonomi 2 level sahaja. Bukan 3 level seperti sekarang. Akan hanya ada T10 dan B90. Tiada lagi level pertengahan.

Maknanya, yang kaya akan jadi sangat kaya manakala yang miskin akan terus jadi miskin. Semua langkah yang diambil oleh kerajaan hari ini akan membawa kita ke arah itu dengan lebih cepat.

Kita tak banyak sangat masa lagi di dunia ini. Tapi bagaimana dengan anak-anak kita yang bakal mulakan kehidupan mereka sendiri tidak berapa lama lagi? Dengan keadaan negara yang sebegini, dapatkah mereka survive?

Allah lebih mengetahui.

Sama2lah kita lihat bagaimana kerajaan yg terus menerus gagal ini mengurus negara dan kesihatan rakyat...antara hikmahnya ianya akan membuatkan rakyat semakin bijak menilai terutamanya b40. Tidaklah nanti dikatakan sudah lah miskin bodoh pula.

Wallahu khairul makirin

Kifarah. -- Copypaste