MOHD MUKHLIS
Kenapa Di Perketat?
1) Itu aje yang terjangkau dek akal 73 menteri kabinet. Genius
macam Kasim Baba, hafal part nak buka pintu gua tapi lupa mentera nak keluar
pintu gua. Kira macam kuah kari yang duk perangat sampai 3 kali, beza kali ini
katanya, depa letak perahan limau purut. Adakah ianya akan membawa sebarang
perubahan? Sudah tentu tidak. Ini yang orang kata kegilaan. Buat benda yang
sama berulang kali dengan harapan untuk dapat keputusan yang berbeza
2) Duit dah takde, honeymoon is over. Hangpa ingat menteri
bankers tu reti berfikir di luar kotak ke? Kalau dah sampai jarah duit KWAN,
maknanya kerajaan dah takde duit. Nak tengok macam mana smart menteri kewangan
itu, hangpa tengok bab LGE handle duit penajaan World Cup 2018; macam mana
rakyat kita boleh tengok World Cup tapi kerajaan tak payah keluar duit. Itu
beza menteri kreatif dengan menteri yang auto-pilot.
3) Di perketat itu sendiri adalah ambiguous dan tidak di sandar
pada data. Satu nilai aesthetic yang tak ada harga dari segi data. Mana tak
nya, beza waktu operasi di pendekkan 2 jam pun tidak di pacu oleh sains dan
data. Tapi sebagai kerajaan yang di pacu oleh cabutan 22 kali setahun, apa lagi
yang boleh kita harap?
3) Alih-alih Polis juga yang jadi mangsa suruh buat lebih banyak
Sekatan Jalan Raya. Kalau depa kaji, pandemik fatigue ini berpunca dari
dwi-standard Menteri. Kalau tak ada dwi-standard dalam hukuman, rakyat Malaysia
pasti tak ada masalah untuk patuh dengan arahan. Ingat apa Peguam Negara Melayu
Isle kata pada kes At-Takkuarinti lepas kertas siasatan berpusing
berbulan-bulan? NFA tuan-tuan
4) Nak settle pandemik ini tak susah pun. Satu kena banyakan
Mass Testing dan Dua, vaksinasi rollout kena buat secepat mungkin untuk capai
herd immunity. TAPI DUA-DUA KENA GUNA DUIT.
5) Jangan cerita bab vaksinasi kita (34K doses sehari) yang lagi
lembab dari Myanmar (112K doses sehari), kalau ikut rate ini, lagi 3.7 tahun
baru capai 75% populasi. Mungkin ini cara depa nak sambung darurat?
6) Tapi sebelum nak vaskinkan orang, kena ada Vaksin dulukan?
Pelik tak tang Budget 2021 bloated di parlimen, depa dah request RM3 billion
duit untuk vaksin. Tiba-tiba angin tak ada, ribut tak ada, depa guna 5 billion
pula duit KWAN untuk beli Vaksin. Habis tu kenapa tak request 8 billion siap2
waktu budget 2021? Hangpa nak tau details macam mana parlimen tak di buka. The
only way nak tahu siapa yang dapat laba dari vaksin deal ialah bila kerajaan
ini jatuh.
7) Pastu bab mass testingpun depa dah failed. Padan la hari tu
Dr Musa Nordin kritik KKM, yang duk obses dengan PCR sahaja sebab result dia
lambat walaupun lebih tepat. Sepatutnya KKM kena buat mass testing dan open
testing macam Selangor buat, guna both PCR (99%) dan RTK (90%). Contoh macam
saya sendiri hari tu, pergi klinik kesihatan sebab tak sihat dan macam ada
sintom, tapi apa depa tanya? "Encik ada kontak rapat dengan pesakit Covid
tak?". Kalau takde kontak rapat, kena buat dekat private. Dah la nak check
kat private tu bukan murah, RM150 tu bagi satu keluarga B40 boleh buat belanja
dapur satu minggu.
Nasib baik
dalam kes saya ini false alarm. Tapi cuba kita fikir kalau someone yang positif
tapi tak bergejala dan dia di tolak oleh KKM sebab tak ada kontak rapat dengan
pesakit Covid. Lepas tu pula sebab kos RM150 tu mahal, dia pun syokla berjalan
ke sana ke sini ingat dia okay tapi sebenarnya jadi super spreader. Dah la nak
buat test itu sendiri pun ramai yang takut even percuma, bila tambah dengan kos
lagi ramai la orang tak mahu.
9) Sebagai penutup, kita sudah boleh jangka apa result dari flip
flop SOP di perketat ini. Kiranya macam menunggu ending cerita wayang yang
teruk, nak keluar dah bayar rasa rugi, tapi tak keluar rasa buang masa. Jadi
kini kita boleh faham kenapa ulama mengariskan ciri-ciri pemimpin adalah orang yang
Qawwi (kompetant & kuat) dan Amin (Amanah); bukannya pandai baca doa dan
jadi imam solat.
10) Beruntung lah umat Melayu Islam dapat lihat kebenaran hadis
Nabi tentang pemimpin yang di lantik tapi tidak Amanah.
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: Nabi SAW
bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kedatangan
hari kiamat. Lalu Baginda ditanya: Bagaimana amanah itu disia-siakan? Lantas
Rasulullah menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya
(yang berkelayakan), maka tunggulah kedatangan kiamat.”(Sahih al-Bukhari, no:
59)
WAllahualam