Krisis Negeri Sembilan: Umno Akan Halang Usaha Usul Undi Tak Percaya Terhadap Ismail

 

IMG_7846

Ismail Lasim dilaporkan sedang diasak rakan dalam Umno sendiri bagi menjatuhkannya sebagai MB Negeri Sembilan. Foto Ismail Lasim

BANGI, 10 Okt – Umno dilaporkan akan berusaha menghalang sebarang usaha bagi mengemukakan usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan menteri besar mereka sendiri, Ismail Lasim.

Sekiranya usaha tersebut digerakkan dan terbukti berasas, maka krisis politik di negeri itu jauh daripada selesai ditambah lagi hanya menteri besar sahaja yang mengemudi kesemua portfolio 10 Exco yang digugurkan.

Terdahulu dilaporkan bahawa presiden Umno, setakat ini berkata beliau tidak mendengar bahawa perkara itu akan dilakukan namun usaha tersebut tidak terhenti selepas 10 Exco berkenaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengurus bidang masing-masing.

Mesyuarat Exco Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Ismail Lasim kini tinggal kenangan pahit yang amat sukar ditelan.

“Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar adapun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali ke-10 di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul itu, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.

Krisis negeri itu masih belum selesai apabila Ismail masih belum mengemukakan senarai 10 Exco baharu walaupun kerajaan negeri telah terbentuk sejak 2 Ogos lalu.





No comments: