TANAH HILANG, DUIT HILANG, TH, FELDA , LTAT, LCS, BAKUN, PERWAJA STEEL, SOLAR SARAWAK, LEMBU KONDO DLL, INI SEMUA BANGSA APA YG ROSAKAN KEWANGAN NEGARA. TRILLIONS DUIT NEGARA HILANG, TERPAKSA RAKYAT BIASA YG TANGGUNG MEMBAYAR HASIL2 ROMPAKAN MEREKA MELALUI KENAIKAN CUKAI, PERKHIDMATAN, BARANGAN PENGGUNA MANA ORANG2 MELAYU NAK BANGKIT, DUDUK TAKUK LAMA.
Dulu Anthony Loke kena perli sebagai ‘Menteri Nombor Plat’. Pembangkang dan pengkritik sibuk menyindir kononnya menteri tak ada kerja lain selain jual nombor plat.
Begitulah mudahnya kerja mengkritik. Nak perli orang memang senang, tapi nak bagi idea macam mana kerajaan boleh tambah hasil untuk bantu rakyat, itu yang kita nak dengar.
Ketika orang sibuk memperlekehkan usaha menjual nombor plat khas, Anthony Loke mencari jalan menambah kutipan kerajaan tanpa perlu menaikkan cukai rakyat biasa atau menambah beban hutang negara.
Hasil bidaan nombor plat khas siri H sahaja mencecah lebih RM91 juta. Dalam Belanjawan 2027, PMX pula mengumumkan RM53 juta bagi membantu 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah. Masing-masing bakal menerima RM1,000.
Orang kaya sanggup bayar berjuta-juta untuk nombor plat cantik. Kerajaan kutip hasilnya, kemudian salurkan manfaat kepada mereka yang mencari rezeki di jalan raya.
Inilah bezanya antara mengkritik sesuatu usaha dengan memikirkan bagaimana usaha itu boleh menghasilkan manfaat kepada rakyat.
Pembangkang pun sepatutnya boleh menyumbang idea. Kalau ada cara lebih baik untuk tambah hasil negara dan bantu rakyat, kemukakanlah.
Janganlah setiap kali menteri buat sesuatu, yang nampak cuma bahan untuk diperli.
Akhirnya, nombor plat yang dulu jadi bahan sindiran kini turut membantu puluhan ribu pemandu.
Orang sibuk mengira nombor plat, menteri sibuk mencari duit untuk rakyat.

No comments:
Post a Comment