Lepas tanpa bebas Zahid: Idrus perlu beri penjelasan terbuka


 

DAP berpendirian bahawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun perlu memberikan penjelasan terbuka berkenaan keputusan melepas dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan semalam.

“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara Tan Sri Idris Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” kata setiausaha agung DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan

“Penjelasan ini adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.”

Penjelasan ini penting kerana keputusan Mahkamah Tinggi semalam telah mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.

Banyak pihak telah membincangkan perkara ini dan rata-rata menyatakan bahawa ia menjejaskan kredibiliti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof turut memberikan jaminan bahawa kerajaaan tidak terbabit dengan keputusan kes tersebut.

 

No comments: