Pembebasan Zahid: Fakta yang perlu diketahui








 Pelbagai komen mengitari media sosial sejak semalam berikutan pembebasan tanpa dilepaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan.



Termasuk tohmahan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Perdana Menteri (PM) Malaysia terlibat dalam keputusan berkenaan atau Kerajaan Perpaduan menekan institusi kehakiman.



Berikut adalah fakta yang rakyat perlu tahu berhubung pembebasan tersebut:



1. PMX tiada penglibatan atau pengaruh ke atas keputusan mendakwa atau memberhentikan apa-apa pertuduhan. Ini jelas diperuntukkan dalam undang-undang (s.376 Kanun Tatacara Jenayah, Perkara 145(3) Perlembagaan).



2. Keputusan mendakwa atau melepaskan adalah kuasa Peguam Negara dan tidak perlu merujuk kepada PM (Perkara 145 (3) Perlembagaan).



3. Perlembagaan tidak memberi ruang atau peluang campurtangan oleh PM dalam perihal pendakwaan.



4. Permohonan Peguam Negara hanya untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) oleh sebab siasatan lanjutan yang mungkin dapat menemui keterangan memperkuat lagi atau melemahkan kes pendakwaan. Seperti mana-mana pertuduhan tanpa kira latar belakang tertuduh, suatu pendakwaan tidak harus dilaukan tergesa gesa. Inilah jaminan hak asasi dan keadilan yang termaktub dalam Perlembagaan yang dihormati oleh Kerajaan Perpaduan.



5. Pelepasan Tanpa Pembebasan (Discharge Not Amounting to Acquittal) bermakna seseorang itu boleh didakwa pada masa akan datang. Dan keputusan mendakwa seharusnya bergantung kepada keterangan baharu hasil siasatan lanjutan yang bakal ditemui, dan bukannya oleh sebab perbezaan politik atau kebencian.



6. Inilah keindahan sistem keadilan jenayah. Pendakwaan oleh Peguam Negara dan sabitan oleh Mahkamah hanya berdasarkan faktor keterangan dan undang-undang; bukannya emosi, simpati, kebencian atau sebagainya.



Dalam isu ini jelas undang-undang tidak memihak kepada sesiapa tanpa mengira pangkat atau jawatan.

 

No comments: