Bangsa Johor tolak politik ekstrem PN




 Oleh AHMAD MURSI

“Haram undi Suhaizan” kata Mahiaddin. Itu cara dia perkenal politik takfiri kepada Bangsa Johor yang dulu dia kata Pas parti ajaran sesat.

Mendengar ceramah Pas-PN, masyarakat tidak jadi lebih Rahmah sesama sendiri selain disulam Fitnah.

Lagi banyak didengar, lebih benci kita pada kelompok masyarakat lain atas nama agama kerana mereka penghukum bukan pendakwah.

Dulu kita kasih pada jiran-jiran dan rakan-rakan, kini mereka dilihat sebagai ‘pendosa’ dan ‘lawan Islam’ sebab Mahiaddin dah kata ‘haram’.

Dulu pilih pemimpin sebab kompetensi dan berintegriti, kini disuruh pilih pemimpin lembab dan perasuah kalau tak nak dicop ‘musuh Islam’.

Kerajaan Perpaduan bawa rakyat keluar dari naratif politik ekstrem, fitnah dan adu domba.

Di Pantai Timur Semenanjung, fikrah Pas menyebabkan fenomena masjid dua imam, isteri cerai berai, putus saudara, anak kafirkan bapa dan tak makan sembelihan. Bangsa Johor sedia ke?

Di Johor negeri pelbagai kaum, masalah akan berganda. Perasan membenci, curiga dan iri hati sesama kaum disemai Pas membahayakan keharmonian masyarakat. Imej Islam buruk disebabkan PN-Pas kini.

Ibarat ‘bom jangka’ jika tidak dikawal. Belajarlah daripada pengalaman buruk banyak negara lain.

Negara indah tapi hancur apabila perkauman dan agama jadi ‘modal’ ahli politik bukannya idea pembangunan dan visi.

Jangan bicara soal ekonomi, tarik pelabur, inflasi, peluang kerja, itu bukan bahasa yang mereka faham kerana makanan mereka hanya sentimen api perkauman dan agama.

Menurut Al-Qardhawi, ciri-ciri khawarij bersikap fanatik dan tidak segan guna kekerasan untuk capai tujuan. Kekang sebelum terlambat.

 

No comments: