Usah Pandang Ringan Isu Ceroboh Tanah Rakyat, Jejas Perancangan Negara – PM Anwar

 

img_7370

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Sebarang bentuk pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara serta kepentingan rakyat, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Justeru, Perdana Menteri menegaskan, amalan tatakelola yang baik perlu terus dipertahankan dan aspek penguatkuasaan perlu terus diperkukuh, manakala sebarang isu berkaitan perlu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Ini termasuk peranan badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu ditangani dengan segera agar maklumat tepat dan telus dapat disampaikan secara menyeluruh dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Perdana Menteri menekankan perkara berkenan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83, yang turut dikongsikan di media sosial hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; menteri-menteri kabinet serta menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Tatkala kita mendepani kesan perubahan iklim, urus tadbir tanah tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada keuntungan ekonomi atau pembangunan fizikal semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Pengurusan tanah mesti dilaksanakan secara berhemah dan terancang bagi meminimumkan risiko terhadap kelestarian alam sekitar,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap inisiatif pengurusan tanah dilaksanakan secara bertanggungjawab demi manfaat rakyat terbanyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Ini bagi memastikan setiap inci tanah dimanfaatkan secara maksimum dari segi pulangan kepada rakyat serta lestari dari segi kemampanan kepada alam sekitar.




PENAGIH BANYAK KOT...

 

Belum tahu siapa pelaku khianati masjid di Kelantan, boleh pula salahkan kerajaan Madani

Entah kenapa penyokong pembangkang tegar mahu mengheret kerajaan Madani ketika individu yang melakukan perbuatan khianat di sebuah masjid di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan masih sedang dicari pihak polis.

Kejadian mengemparkan di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan itu menyaksikan pintu kaca masjid pecah, manakala cecair berwarna coklat kehijauan dan berbau busuk ditemui dituang pada permaidani ruang solat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Ini bermakna belum ada pengesahan pihak berkuasa mengenai siapa pelakunya atau sama ada kejadian tersebut mempunyai sebarang motif politik.

Namun, satu hantaran di Threads yang tular mempersoalkan sejauh mana “pihak atasan” akan bertindak.

Dia turut menyebut mengenai Kerajaan MADANI dan mendakwa pentadbiran diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu perlu membuktikan bahawa Islam masih terpelihara.

Hantaran berkenaan segera mengundang reaksi warganet yang mempersoalkan mengapa kes yang masih dalam siasatan itu sudah dikaitkan dengan kerajaan Persekutuan.

“Mengapa nak salahkan kerajaan Madani pulak?! Apa kaitan?!” tulis seorang pengguna, manakala seorang lagi mengingatkan supaya orang ramai kekal waras dan tidak bertindak melulu.

Seorang pengguna turut menyindir bahawa kejadian itu berlaku di Kelantan, sambil mempersoalkan logik mengheret pentadbiran Persekutuan ke dalam insiden tersebut.

Ada juga yang meminta orang ramai menunggu hasil siasatan dan rakaman CCTV sebelum membuat sebarang tuduhan, kerana identiti serta latar belakang individu terbabit masih belum diketahui.

Polis sendiri meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, tuduhan atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sementara siasatan diteruskan mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.



YOU TAU SIAPA BANTAH LITAR F1 SEPANG?


Andrian Lim




Litar F1 Sepang dibina pada tahun 1996.


TPM pada ketika itu……Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan pada ketika itu……pun Anwar Ibrahim.


So, Anwar bukan pembantah Litar F1 Sepang sebab Anwar Menteri Kewangan yang menurunkan tandatangan meluluskan peruntukan pembinaan Litar F1 Sepang.


Jadi siapa membantah Litar F1 Sepang?


Tun M pernah menjawab persoalan ini pada tahun 2000 semasa merasmikan Litar F1 Sepang.


"Bagi pembangkang semuanya adalah membazir. Yang tak membazir ialah bila dia masuk dalam masjid yang kita buat, kita bina masjid, dia masuk untuk maki kita."


Itu jawapan Mahathir semasa merasmikan Litar F1 Sepang.


Berita ini telah dilapor oleh BERNAMA dan kini diarkibkan di laman web Perdana Leadership Foundation.


Dr Mahathir kata, “kita bina masjid, dia masuk masjid maki kita”


Siapakah “dia” yang masuk masjid maki kerajaan? 🟢





KENA INGAT..DIA MUNGKIN ADA STRATEGI NAK JADI ORANG KEWANGAN JIKA PNBN CAPAI KEJAYAAN. BARU NAMPAK DIA CERDIK ANGKA TAK PERNAH MENIPU. TAK KAN PULA TITM NAK ULAS...BI PUN TAK LULUS..

 


Ahmad Mursi



Selama ini bila kerajaan bercakap soal pertumbuhan ekonomi, pelaburan masuk, ringgit mengukuh dan pengangguran rendah, biasanya pembangkang akan cari juga sudut untuk kata semuanya gagal.




Tapi kali ini MP PAS Bachok, Syahir Sulaiman sendiri yang tulis di fb.


Ekonomi Malaysia berkembang 6% pada suku kedua 2026.


Pasaran buruh stabil dengan kadar pengangguran sekitar 3%.


Ringgit pula kekal kukuh walaupun keadaan ekonomi global tidak menentu.


Pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama 2026 pula mencecah RM218.5 bilion.


Kemudian keluar satu ayat yang paling menarik:


“Walaupun pencapaian ini membanggakan...”


Ha, itu dia.


Bukan Menteri Ekonomi yang kata.


Bukan cybertrooper kerajaan yang kata.


MP PAS sendiri mengakui pencapaian ekonomi Malaysia ketika ini membanggakan.


Selepas itu bolehlah beliau sambung kritik kos sara hidup, ruang fiskal atau apa sahaja yang kerajaan masih perlu baiki. Itu memang kerja pembangkang.


Tetapi sekurang-kurangnya sekarang kita sudah ada satu titik persetujuan.


Ekonomi Malaysia bukan sedang runtuh seperti gambaran yang selalu dimainkan.


Malah menurut tulisan pemimpin PAS sendiri, pencapaiannya “membanggakan”.


Kadang-kadang bila angka terlalu jelas, susah juga hendak gaduh dengan realiti.





TAHNIAH SUKA SUKA..MEREKA DALAM BIDANG HIBURAN.


 

WAJAH DUA PEMIMPIN TAK CERDIK..HIPOKRIT..

 




Aktivis politik dan bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki mempersoalkan pendirian dua pemimpin Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ahmad Fadhli Shaari yang nampaknya ‘laju’ memberi respon dalam isu kematian pelajar di Yong Peng, Johor.


Liyana mempersoalkan mengapa nada perjuangan keadilan itu tidak dilihat sama kuat ketika keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman bertahun-tahun menuntut jawapan berhubung kematian anak mereka di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan.


Kritikan itu dibuat menerusi hantaran di media sosial selepas Afnan dan Fadhli masing-masing mengeluarkan kenyataan berhubung kematian pelajar berkenaan, dengan Fadhli menggesa audit keselamatan sekolah manakala Afnan mempersoalkan tahap keselamatan institusi pendidikan. 


“Kalau lah pemimpin Pas selantang ini bila Wan Ahmad Faris dibunuh kejam.


“Kalau lah pemimpin Pas boleh bersuara kuat mendapat keadilan untuk anak tahfiz Kelantan sendiri. Untuk keluarga saman Yayasan Islam Kelantan. Tapi mereka tak endahkan. 


Politician is always a politician. Hatta yang guna nama parti Islam,” kata beliau.


Dalam hantaran sama, Liyana turut menyindir sikap pemimpin politik yang menurutnya hanya lantang apabila isu tertentu mempunyai nilai politik, dengan menyifatkan mereka sebagai “sembang kencang bila kena tang orang”.


Kenyataan Liyana itu mempunyai asas tersendiri kerana beliau pernah secara terbuka menggesa Ahmad Fadhli supaya memperjuangkan nasib Wan Ahmad Faris, sama seperti mereka memperjuangkan nasib Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. 


Ketika itu Liyana mengingatkan agar kes tersebut tidak dipandang sepi hanya kerana tiada “laba politik”.


Wan Ahmad Faris meninggal dunia pada 2013. Mahkamah Koroner pada 2016 pula memutuskan kematiannya berpunca daripada tindakan individu tidak dikenali.


Lebih 10 tahun selepas tragedi itu, keluarga masih menuntut keadilan sehingga akhirnya kes berkenaan kembali menjadi perhatian pada 2025 selepas keluarga mendesak siasatan dibuka semula dan mengambil tindakan undang-undang.





STATUS ROH ROH NEH NEH NEH.



Ahmad Faizuddin


 


Saya baca status YB Syahir Sulaiman. 






Alhamdulillah. Beliau akui pencapaian ekonomi negara membanggakan. 


Dah kata da, ada ilmu ekonomi, akan nampak ekonomi diuruskan dengan baik ketika ini. YB Syahir graduan ekonomi. Beliau tahu disiplin membaca ekonomi sesebuah negara. Tak sempurna, tapi semakin baik.


Kenapa YB Syahir kata baik?. Sebab hari ni keluar laporan ketua audit negara. Dibentang di Parlimen.


Dan persediaan untuk belanjawan 2027, dengan melihat prestasi ekonomi 2026.


YB Syahir sebut ea:


1. Ekonomi berkembang pesat. Mengatasi jangkaan. Padu.


2. Pasaran buruh stabil. Kadar pengangguran rendah. Dalam keadaan kita lalui fasa kebimbangan akibat perang dagang, akibat perang Iran-US cetus krisis tenaga. 


Dulu kita ingat, negara kita akan alami kemelesetan ekonomi. Akan ramai menganggur. Tak berlaku, alhamdulillah. Masih terkawal. 


Ye ada, pengangguran. Tapi minima. Kalau ikut disiplin membaca makroekonomi, kadar 3% pengangguran adalah kadar yang normal untuk sesebuah ekonomi yang sihat.


3. Nilai ringgit kekal kukuh sepanjang tahun. Wlupun dalam keadaan global yang tidak menentu. Aritu kan saya da debat dengan pemuda UMNO. Isu ringgit la. 


Ringgit kekal kukuh stabil dan berdaya tahan. Ni faktanya. Menyebabkan inflasi negara kita kekal sederhana dan stabil.


4. Pelaburan yang rancak, FDI masuk dengan angka yang mampan.


Ni elemen penilaian ekonomi oleh YB PAS. 


Alhamdulillah. Tahniah YB Syahir. Kerana anda jujur. 

Ore Kelate mesti berani untuk bercakap benar walaupun tidak menguntungkan naratif politik anda. 


Hehe.


Memang ada, tulisan beliau panjang ada kritikan, ada cadangan dan idea penambahbaikan. 


Insyallah selagi mana kerangka ekonomi MADANI dikekalkan, sedikit demi sedikit masalah ekonomi negara diperbaiki. 


Kita tunggu Belanjawan 2027.





YOU TAU SIAPA BANTAH LITAR F1 SEPANG?

 






YOU TAU SIAPA BANTAH LITAR F1 SEPANG?

Litar F1 Sepang dibina pada tahun 1996.
Idea litar F1 Sepang lagilah awal sebelum tahun 1996.
PM pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
TPM pada ketika itu, Anwar Ibrahim.
Maka Anwar bukan pembantah Litar F1 Sepang.
Sebab Anwar sendiri merupakan Menteri Kewangan yang meluluskan peruntukan ratusan juta ringgit untuk membina Litar F1 Sepang.
Jadi siapa membantah Litar F1 Sepang?
Tun M pernah menjawab isu ini pada tahun 2000, ketika Litar F1 Sepang dirasmikan.
"Bagi pembangkang semuanya adalah membazir. Yang tak membazir ialah bila dia masuk dalam masjid yang kita buat, kita bina masjid, dia masuk untuk maki kita."
Itu jawapan Mahathir semasa merasmikan Litar F1 Sepang.
Kenyataan ini telah dilapor oleh BERNAMA dan diarkib akan di laman web Perdana Leadership Foundation.
So! Siapakah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir?
Hint: “Kita bina masjid, dia masuk masjid maki kita”






DAP tak pernah buat benda macam ini – Loke bidas 10 Exco N Sembilan ‘tikam’ Tuanku Muhriz

 


Tindakan 10 Exco Negeri Sembilan mengesahkan Proklamasi Menurunkan Takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas mengangkat sumpah taat setia kepada baginda disifatkan Anthony Loke Siew Fook sebagai perbuatan “tikam belakang”.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, 10 Exco berkenaan mengangkat sumpah taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos lalu bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRN, sebelum kemudiannya mengesahkan proklamasi berkenaan pada 16 September.

“Kalau tak mengiktiraf kedudukan Tuanku, mengapa sanggup angkat sumpah taat setia selepas PRN untuk membentuk Kerajaan Negeri?

“Ini perbuatan tikam belakang!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersoalkan pendiriannya berhubung isu pemecatan Exco oleh Raja tanpa kelulusan pihak eksekutif.

Menurut Loke, persoalan yang dibangkitkan Fadhli tidak sepatutnya mengalih perhatian daripada tindakan 10 Exco terbabit yang didakwa bercanggah dengan pendirian mereka ketika mengangkat sumpah taat setia kepada Tuanku Muhriz.

Beliau turut menegaskan DAP tidak pernah melakukan tindakan seumpama itu dan akan terus menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan.

“DAP tak pernah buat benda macam ini.

“DAP akan sentiasa menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya.

Loke kemudian mengingatkan Fadhli supaya tidak mengubah fokus perbahasan kepada persoalan lain.

“Saudara Fadhli, jangan tukar ‘goal post’,” katanya.

Fadhli sebelum ini menolak tanggapan Loke bahawa kemelut Negeri Sembilan boleh menjejaskan momentum penyatuan Melayu antara Umno dan Pas.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri bahawa kemelut itu bukan semata-mata berkaitan hubungan antara Umno dan Pas.

Menurut Fadhli, isu berkenaan turut mempunyai dimensi institusi, perlembagaan negeri serta tindakan dan pendirian di peringkat Persekutuan yang perlu dinilai secara keseluruhan.

Pertikaian itu kini menyaksikan Loke dan Fadhli bertembung mengenai persoalan yang lebih asas: apakah makna sumpah taat setia kepada Raja apabila pihak yang melafazkannya kemudian mengambil pendirian bertentangan?





HRC LIVE!! - KRISIS N9 SELESAI - DKU SAHKAN TUANKU MUHRIZ YAMTUAN BESAR | UNDANG 4 UMNO - CUKUPLAH


 

PAS kecewa DAP tak jadi keluar kerajaan, kata Ibrahim Ali


 

ELOK POLITIK HIPOKRIT

 


                                                  NAK TIPU MELAYU LAGI






Kerjasama Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan apabila rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai
90 peratus.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hasil rundingan akan dibawa kepada kepimpinan kedua-dua parti untuk pengesahan sebelum dimuktamadkan.
Pas juga bersedia menggunakan logo Barisan Nasional
(BN) sekiranya perkara itu menjadi sebahagian daripada persetujuan kerjasama.

Sumber: Utusan Malaysia




BELUM JADI KERAJAAN, SUDAH BERGADUH








 

Kononnya government in waiting.
Namun belum pun menjadi kerajaan, sudah berlaku pertelagahan sesama sendiri. Bermula dengan aduan kepada RoS, kemudian PN pula memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar notis dan perintah penggantungan RoS.
Biarlah RoS dan mahkamah menentukan berdasarkan undang-undang.
Kalau sebelum mendapat kuasa pun sudah sukar mengurus perbezaan sesama sendiri, bagaimana pula apabila benar-benar diberikan kuasa untuk mentadbir negara?
Hari ini saling mempertikaikan kedudukan dan keputusan.
Esok, kalau menjadi kerajaan, adakah pula saling kecam-mengecam, salah-menyalahkan dan berebut pengaruh apabila berlaku perbezaan dasar?
Menjadi kerajaan bukan sekadar menang pilihan raya.
Ianya memerlukan disiplin, kesepakatan dan kemampuan mengurus perbezaan tanpa menjadikan negara sebagai medan pertelagahan.




Hukuman penjara itu susulan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang kini dalam proses pewartaan.



 Mohd Shah Rim



Hukuman penjara itu susulan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang kini dalam proses pewartaan.

Kesalahan berlumba boleh didenda RM2000 -RM10,000 atau dipenjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda RM5000 - RM20,000 atau penjara maksimum 5 tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan untuk sabitan kedua dan seterusnya.