Pesanan yg masih belum divaksin...
VAKSIN & VAKSINASI.
Tanya saya kesan sampingan vaksin... saya hanya pening2 sedikit
walaupun dah hari ketiga. Berbual kosong kami bercerita isu panas Ebit Liew,
vaksin dan vaksinasi. Sgt pelik daripada pembelian vaksin hingga ke vaksinasi.
Dari org atasan hingga bawahan kita ragu2 dgn ketelusan mereka.
Awalnya kita merasa hairan mengapa kos pembelian vaksin dirahsiakan.
Kemudian kita tertanya tanya kenapa vaksin lewat tiba dari negara jiran.
Selepas itu dikhabarkan pemberian percuma dari Europe 5 juta dos, US 1 juta dan
China 1 juta dos....so berapa byk sebenarnya yg kerajaan beli?
Selepas itu kita dikejutkan vaksin kosong atau vaksin angin yg
diterima rakyat. Menteri ambil mudah dgn mengatakan siapa yg dpt vaksin kosong
boleh dtg segera. Itu bukan persoalannya... skg kita nak tahu berapa ribu
rakyat yg hanya mendapat vaksin kosong???
Siasatan bukan setakat di situ, kita mahu tahu adakah ada unsur
rasuah/jenayah . Adakah berlaku sindiket menjual vaksin tersebut kpd golongan
elit? Perkara itu mesti disiasat secara serius. Ini soal nyawa.Jahat sungguh
dan tidak berperikemanusian petugas yg diamanahkan utk pemberian vaksin sanggup
menipu. Sepatut dihukum sekeras kerasnya.
Saya juga ingin beritahu kpd yg belum divaksin... pertama
seperti SOP KKM, anda mestilah minta melihat jarum suntikan ( picagari berisi
vaksin ) mempunyai cairan vaksin, kedua lihat bagaimana ia disuntik dan
terakhir pastikan jarum suntikan tersebut mereka buang di dlm tong sampah dlm
keadaan kosong.
Jika petugas menyimpan semula jarum tersebut dgn penutup
yakinlah ada penipuan di situ. Mulai hari ini beritahu petugas, anda ingin ia
dirakamkan walaupun ada yg petugas yg tidak benarkan. Katakan ia perlu utk
keselamatan diri anda.
Terakhir kita mahu penjelasan dari kerajaan... hari ini
Pharmaniaga dikatakan akn menjual berbelas juta vaksin kpd klinik swasta.
Persoalannya adakah pembelian itu menggunakan wang rakyat? Mengapa tidak diberi
percuma dan klinik hanya mengenakan charge suntikan...? Akhirnya golongan elit
juga yg mendapat perlindungan kerana mereka berwang.
Ok la nak santai2... dah la pening kena vaksin... pening
fikirkan masalah negara yg tak habis2.