Hanipa Maidin
Sebelum ini, bersekongkol dalam Langkah
Sheraton kononnya demi menyelamatkan negara, Melayu dan Islam. Melalak siang
DAN malam kononnya Islam tidak selamat di Malaysia.
Pemandu mabuk, arak, judi, kematian Adib
semuanya dikatakan mengancam kedudukan Melayu dan Islam.
Setelah menjadi kerajaan TEBUK ATAP, di mana
Melayu sekarang? Di mana pula Islam kecuali dtunggang oleh puak berkepentingan.
Negara kucar-kacir dek perangai pengkhianat sibuk dengan percaturan politik
peribadi.
Kilang tutup, pelabur melarikan diri, rakyat
hilang pekerjaan dan negara dalam ‘Darurat Ciptaan’ demi kuasa Muhyiddin
dikekalkan walaupun sudah nyata kejatuhannya.
Sekarang, kenyataan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri bahawa kerajaan sedang
memperhalusi RUU 355 sebelum ianya dibentangkan semula ke Dewan Rakyat
dipersoalkan DAN ditempelak oleh YB Mohamed Hanipa Maiden.
Ini kerana, kerajaan Perikatan Nasional (PN)
yang ada walaupun ada PAS di dalamnya gagal menyekat kenaikan kekerapan cabutan
judi nombor ekor apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355, kata bekas Timbalan
Menteri Di Jabatan Pedana Menteri (Undang-undang), YB Mohamed Hanipa Maiden
kepada Dr Zulkifli.
Bagi Hanipa, dengan Pas yang sudah
berada dalam kerajaan pun gagal untuk menyekat judi nombor ekor dari dinaikkan
kekerapan cabutannya dari lapan ke 22 kali, apatah lagi mahu melaksanakan RUU
355 ini.
“Adakah YB harap kami semua nak percaya ke
kata-kata YB tentang RUU 355 ini?
“YB pun tak bersedia DAN tak berupaya untuk
paling minima kurangkan kekerapan cabutan khas judi nombor ekor jauh sekali nak
haramkan terus judi, apatah lagi nak laksanakan RUU 355,” kata Hanipa.
Beliau berkata, berdasarkan kenyataan bekas
Mufti Wilayah Persekutuan itu, kerajaan PN yang ada lebih cenderung kepada “tak
bersedia dari bersedia”.
“Bila baca kenyataan YB tersebut, nampak
macam kenyataan tersebut lebih cenderung kepada tak bersedia dari bersedia.
”Bukankah dalam Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT
sekarang ni sudah ada parti PAS dan YB Menteri Undang-Undang juga dari parti
PAS yang pernah masa jadi pembangkang dulu bentang untuk sekadar baca sahaja di
Parlimen usul RUU persendirian bagi kononnya nak pinda Akta 355.
Bagi beliau, jika sejak Pas bentang usul RUU
Persendirian itu hingga sekarang masih di tahap diperhalusi, selama tempoh itu,
“pejabat Mufti WP yang diketuai oleh YB sendiri buat apa?”
Sekarang ini, katanya, PAS yang membentangkan
usul RUU Pensendirian tu sudah berada dalam kerajaan.
“Masih nak perhalusi lagi ke? Sampai bila nak
diperhalusi? Adakah ini hujah “halus” nak bagi pentaksub gembira dan khayal?”
tanya Hanipa yang merupakan bekas Peguam Pas itu.
Bagi beliau, jika kerajaan yang ada
betul-betul serius dan kata memang sudah bersedia nak bentang pindaan Akta 355,
paling kurang Dr Zulkifli sebagai Menteri Agama ada bawa ke Parlimen pada
beberapa sidang yang lalu untuk buat bacaan kali pertama.
“YB ada buat ke,” tanya beliau lagi.
Hanipa juga meminta Zulkifli berlaku jujur
termasuk dengan memberikan nasihat kepada Perdana Menteri.