FAIZ ABD
Semuanya dah ketentuan
Allah s.w.t. Dah tertulis.. serta saya yang sedang berhujah ni. juga dah
ketentuan NYA. Dia hanya manusia biasa dan hamba Allah yang naif. Sentiasa
menundukkan muka dan tidak mendongak ke langit. Dia bukan kes index dia adalah
mangsa yang terkena jangkitan. Adakah sekiranya dia patuh SOP bermakna dia
tidak akan terkena jangkitan covid19 ni. Kalau dah tertulis kita pun tidak
dapat lari daripada ketentuan NYA walau pun kita menyorok dan berkurung. Siapa
kita untuk mempertikaikan ketentuan NYA. Sama-sama lah kita muhasabah diri.
Kita kena ingat, akhir zaman ni, Allah ambik nyawa orang yang baik-baik dan
para alim ulamak sebagai tanda kiamat semakin dekat...wallahualam...
------
Jawapan kepada tulisan di
atas
-------
Oleh sebab apa yang akan
terjadi itu kita sebagai manusia tak tahu, jadi di situlah kita kena berusaha
dan dan berikhtiar.
1. Sebab itulah
Rasulullah bersabda, jangan masuk ke tempat yang merebaknya wabak dan bagi yang
sudah berada dalam kawasan wabak, jngan keluuar dari kawasan wabak.
2. Bila terkena apa-apa
penyakit, wabak atau bukan wabak, kita disuruh berusaha untuk berubat. Kita
berubat tapi Allah yang menyembuhkan.
Rasulullah bersabda,
tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati (sbb mati bukan penyakit).
3. Dalam hadis dan
Al-Quran, Umat Islam diajar untuk berdoa kepada Allah untuk mohon....
Sentiasa sihat...
Jauh daripada
penyakit.....
Disembuhkan dari
penyakit.....
Di atas tu semuanya
menunjukkan kita disuruh berusaha dan berikhtiar, bukan berserah bulat-bulat
kepada Allah TANPA berikhtiar.
Beberapa persoalan untuk
difikir......
Kenapa Nabi Muhammad
terus menerus berusaha berdakwah dan menyeru bapa saudaranya Abu Talib supaya
menerima Islam dan beriman sehingga penghujung umur Abu Talib?
Kenapa Baginda berhijrah
ke Madinah? . Ya.... Allah Suruh. Kenapa Allah suruh berhijrah?
Kenapa baginda terus
berdakwah malah sehingga berperang dengan kaum kafir?
Kenapa baginda membuat
perjanjian Hudaibiyyah dengan pihak Kafir Quraisy?
Kenapa baginda membuat
perjanjian dengan beberapa puak atau kaum Yahudi?
Semuanya itu adalah
ikhtiar dan usaha.
Kenapa Baginda tak
menyerah saja kepada Allah, sebelum baginda berusaha?
Sebab kita tak tahu apa
yang SUDAH TERTULIS....