HUJAH BALAS MENGENAI MENTERI AGAMA

 

FAIZ ABD

 

Semuanya dah ketentuan Allah s.w.t. Dah tertulis.. serta saya yang sedang berhujah ni. juga dah ketentuan NYA. Dia hanya manusia biasa dan hamba Allah yang naif. Sentiasa menundukkan muka dan tidak mendongak ke langit. Dia bukan kes index dia adalah mangsa yang terkena jangkitan. Adakah sekiranya dia patuh SOP bermakna dia tidak akan terkena jangkitan covid19 ni. Kalau dah tertulis kita pun tidak dapat lari daripada ketentuan NYA walau pun kita menyorok dan berkurung. Siapa kita untuk mempertikaikan ketentuan NYA. Sama-sama lah kita muhasabah diri. Kita kena ingat, akhir zaman ni, Allah ambik nyawa orang yang baik-baik dan para alim ulamak sebagai tanda kiamat semakin dekat...wallahualam...

------

Jawapan kepada tulisan di atas

-------

Oleh sebab apa yang akan terjadi itu kita sebagai manusia tak tahu, jadi di situlah kita kena berusaha dan dan berikhtiar.

1. Sebab itulah Rasulullah bersabda, jangan masuk ke tempat yang merebaknya wabak dan bagi yang sudah berada dalam kawasan wabak, jngan keluuar dari kawasan wabak.

2. Bila terkena apa-apa penyakit, wabak atau bukan wabak, kita disuruh berusaha untuk berubat. Kita berubat tapi Allah yang menyembuhkan.

Rasulullah bersabda, tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati (sbb mati bukan penyakit).

3. Dalam hadis dan Al-Quran, Umat Islam diajar untuk berdoa kepada Allah untuk mohon....

Sentiasa sihat...

Jauh daripada penyakit.....

Disembuhkan dari penyakit.....

Di atas tu semuanya menunjukkan kita disuruh berusaha dan berikhtiar, bukan berserah bulat-bulat kepada Allah TANPA berikhtiar.

Beberapa persoalan untuk difikir...... 

Kenapa Nabi Muhammad terus menerus berusaha berdakwah dan menyeru bapa saudaranya Abu Talib supaya menerima Islam dan beriman sehingga penghujung umur Abu Talib?

Kenapa Baginda berhijrah ke Madinah? . Ya.... Allah Suruh. Kenapa Allah suruh berhijrah?

Kenapa baginda terus berdakwah malah sehingga berperang dengan kaum kafir?

Kenapa baginda membuat perjanjian Hudaibiyyah dengan pihak Kafir Quraisy?

Kenapa baginda membuat perjanjian dengan beberapa puak atau kaum Yahudi?

Semuanya itu adalah ikhtiar dan usaha.

Kenapa Baginda tak menyerah saja kepada Allah, sebelum baginda berusaha?

Sebab kita tak tahu apa yang SUDAH TERTULIS....