Dengan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak sejak kebelakangan
ini, rata-rata netizen meletakkan kesalahan tersebut terhadap golongan ahli
politik terutamanya mereka yang pulang dari Sabah, kerana ingkar untuk
menjalani SOP kuarantin kendiri 14 hari.
Adakah tindakan kerajaan yang tidak mewajibkan langkah kuarantin
14 hari telah mengakibatkan peningkatan jumlah kes yang tinggi melebihi yang
pernah direkodkan sebelum ini?
Sedangkan rakyat biasa selama ini ramai yang telah dikenakan
kompaun, denda, penjara dan sebagainya kerana tidak mematuhi SOP, tindakan yang
sama tidak pula diambil terhadap ahli-ahli politik dan Menteri yang secara
terang-terangan ingkar SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
Adakah layanan dua darjat ini satu norma baharu?