NAK JADI UNIVERSII TERKEMUKA MACAMANA KALAU FORUM TERBUKA PUN TIDAK DIBENARKAN....UNDI 18 DAH DIBENARKAN ...JANGAN BONSAIKAN PEMIKIRAN PELAJAR

 

Pelajar bidas UM tutup forum kebebasan bersuara





Pihak berkuasa Universiti Malaya menutup sebuah forum mengenai
 kebebasan bersuara, kata kesatuan mahasiswa.

PETALING JAYA: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya membidas pihak berkuasa universiti itu kerana menutup sebuah forum mengenai kebebasan bersuara.

Pentadbiran bertindak tidak profesional dengan menutup sistem PA bagi mengelakkan speaker jemputan, Wong Yan Ke, daripada berucap, selain mengeluarkan ugutan dan menyuraikan hadirin, kata kesatuan itu.

“Ini melampau dan tidak perlu. Kebebasan akademik perlu didukung setiap masa.

“Pentadbiran universiti tiada hak untuk menentukan siapa yang boleh atau tidak boleh menjadi speaker dan hanya perlu mengambil tindakan terhadap speaker jika ucapan mereka tidak sesuai atau bertentangan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Wong menjadi perhatian umum apabila beliau membawa plakad bantahan yang menuntut peletakan jawatan naib canselor ke atas pentas, ketika Konvokesyen UM ke-59.

Kesatuan pelajar itu berkata, Wong dijemput atas kapasitinya sebagai penyelaras Suaram.

Kesatuan itu menuntut pegawai universiti terbabit memohon maaf atas tindakan tidak wajar mereka dan mengelak bertindak demikian pada masa depan bagi memastikan kebebasan bersuara terpelihara.

“Semua parti politik juga harus berikrar untuk menegakkan autonomi pelajar, kebebasan akademik dan kebebasan bersuara di semua institusi pendidikan, khasnya menjelang pilihan raya umum akan datang.”

Kesatuan pelajar itu menegaskan isu berkenaan mengenai pelanggaran kebebasan bersuara, bukannya kehadiran Wong di forum terbabit.

Forum itu diadakan Khamis lalu sempena UM-Week of Welcome.


BN GAGAL BAIKI NASIH PEKERJA LADANG BERDEKAD LAMA


GLOBAL BERSIH CADANG TEMPOH KEMPEN 25 HARI


PESAN BERUK BUAT RAKYAT MALAYSIA


 

JOM RAMAI RAMAI BALIK MENGUNDI


 

Pembohong : Betulka Umno yang ajak Pas masuk BN ? original sound - ariffinsaidin

 


MASA DIA SUKA DIA SONDOL , TAPI KINI DIA MULA MENGUTUK SEMULA


 

SEJAK PAS ADA DALAM KERAJAAN- SEMUA OK.....KAH..KAH...KAH


 

BN SUDAH TIDAK RELEVAN #fyp #fypシ #tiktok🇲🇾 #tiktokmalaysia #foryou #tiktokmalaysiaviral


 

Ucapan Zahid di majlis MIC dedah kewujudan Kluster Mahkamah BN


 

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ucapannya pada majlis MIC Isnin lalu diputar-belit.

Kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah bukti bahawa Presiden UMNO itu telah membuat percubaan lemah untuk menafikan ucapannya ketika perhimpunan MIC Isnin lalu.

Veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa Mufti Perlis pun terkejut kerana matlamat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai “surga rasuah”.

Beliau memetik ciapan Mohd Asri yang mengatakan ““Terkesima mendengar, bagaimana secara terang orang politik boleh mengaku tujuan untuk menang PRU adalah bagi mengelakkan kes rasuah mereka dibicarakan di mahkamah. Jika itu berlaku, negara ini akan jadi SYURGA RASUAH”.

Perkara ini kata Kit Siang berlaku susulan Zahid mendakwa yang ucapannya pada perhimpunan perwakilan MIC Isnin lalu telah “diputar belit” oleh pihak lawannya.

“Saya tidak sedar pula sekiranya Mohd Asri ini dikira sebagai berada dalam kategori “pihak lawan” Zahid dan perkara ini menjadi bukti kuat yang Zahid gagal menjelaskan pengakuan “berterus-terang” dalam ucapan MICnya yang telah menunjukkan bahawa, bukan sahaja ada “Kluster Mahkamah” UMNO, tetapi ada juga “Kluster Mahkamah” BN,” kata Kit Siang dalam blognya hari ini (14 Oktober 2022).

Katanya Zahid telah menamakan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang berada dalam “senarai menunggu” untuk didakwa atas kesalahan yang telah dilakukan mereka, seperti Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

“Saya tidak tahu apakah bentuk tuduhan rasuah atau tuduhan lain yang boleh dibawa terhadap Mohamad, Hishammuddin, Ka Siong, Vigneswaran, atau Saravanan, tetapi Zahid sepatutnya lebih tahu.

“Apa yang membuatkan tuduhan Zahid ini lebih berat adalah apabila mereka berlima ini terus berdiam diri selepas ucapan Zahid yang mengatakan mereka berada dalam “senarai menunggu” untuk dituduh di mahkamah,” kata bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Kit Siang kemudian mempersoalkan adakah ini takdir Malaysia apabila setelah enam dekad, pemimpin UMNO meminta orang Melayu dan rakyat untuk mengundi mereka pada PRU-15 untuk menyelamatkan pemimpin UMNO dan BN daripada penjara.

 

Ringgit menjunam RM4.70


 

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS hari ini (14 Oktober 2022).

Ringgit hari ini (14 Oktober 2022) menjunam ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura (SGD) dipengaruhi berita Rizab Persekutuan (Fed) dan pengetatan dasar monetari negara seberang tambak itu.

Ketika penutup urusniaga jam 6 petang tadi, ringgit jatuh kepada RM4.7045 berbanding dolar, daripada penutup RM4.6925 semalam, manakala mata wang tempatan merosot kepada RM3.3025 berbanding SGD.

Kali terakhir pasangan mata wang tempatan mencecah melebihi 4.7 adalah ketika Krisis Kewangan Asia pada 1 September 1998, di mana ringgit berada pada 4.7125. Dalam tempoh setahun, ringgit telah menyusut 12.91 peratus berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit merosot berbanding SGD kepada rekod baharu kadar pertukaran 3.3025, selepas Singapura mengetatkan dasar monetarinya pada sebelah pagi untuk melawan inflasi.

Nilai ringgit ditutup pada 3.3025, setelah seharian didagangkan antara 3.2831 dan 3.3095. Ini adalah hari ketiga berturut-turut ringgit ditutup pada paras rekod terendah, selepas 3.2738 pada Khamis dan 3.2609 (Rabu).

Setakat ini, SGD telah mengukuh berbanding ringgit sebanyak 7.03 peratus. Ia ditutup pada 3.0857 pada 31 Disember 2021, memetik laporan TheEdge.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia akan memusatkan semula titik tengah jalur dasar kadar pertukaran berkesan nominal (S$NEER) SGD ke tahap lazimnya, tetapi mengekalkan cerun dan lebarnya.

Tidak seperti bank pusat negara lain, yang melaraskan kadar faedah masing-masing sebagai sebahagian daripada dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekang inflasi, dasar monetari MAS melibatkan pelarasan kepada jalur dasar S$NEER.

UOB Group Research dalam notanya pada Jumaat berkatamereka melihat lebih banyak ruang untuk mengetatkan sehingga 2023, terutamanya jika inflasi teras tidak menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan.

 

SEDANG TUNGGU CIP...HA..HA




 

SIAPA YANG KITA NAK PILIH JADI PM DAN AKIBATNYA


 

DULU ITIK PATAH KAKI. SEKARANG DURIAN MENTAH- MASA HANG SONDOL UMNO DAPAT GAJI BUTA HANG TAK MARAH PULAK.....


 

NAK BERTANDING KA ?

 


Dah hilang akal Mat Sakau. Rafizi hanya dituduh bersalah kerana membongkar rahsia dan salahlaku transaksi bank. Beliau didapati bersalah oleh mahkamah dan hilang kelayakan tuk bertanding PRU. Dia bukan banduan pun....!

Mencuri data peribadi untuk kempen pilihanraya

 NIK HASHUDEEN


Mencuri data peribadi untuk kempen pilihanraya

Di zaman sekarang, kempen atas talian adalah satu kaedah lazim untuk mencari pengaruh termasuk bagi mendapatkan undi di dalam pilihanraya. Bagi tujuan ini, data peribadi pengundi diperlukan untuk pelbagai analisa dan kempen.

Saya tak tahu samada data peribadi yang bersesuaian dan lengkap boleh didapati secara sah oleh parti-parti yang bertanding. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya rasa saya tak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk memggunakan data peribadi saya bagi tujuan kempen. Walaupun ada sumber data yang besar yang dikumpulkan secara rasmi, saya tak pernah bertemu dengan pengumpulan data secara khusus bagi tujuan politik.

Artikel yang saya kongsikan di sini adalah satu peringatan berkenaan hukum hakam menceroboh data dan maklumat peribadi dari segi Islam. Jangan main-main dengan data peribadi yang dikumpul tanpa keizinan tuannya. Jika terlepas di dunia pun, di akhirat kena jawab juga. Tak kita apa perjuangan anda, hasil tidak menghalalkan cara, kan?

EJOURNAL.UM.EDU.MY

ejournal.um.edu.my

 

Ezam cabar Dr M di Langkawi- Ezam tahu banyak rahsia Mahathir

 

Ezam cabar Dr M di Langkawi





Ezam Mohd Nor dijangka menentang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Langkawi pada PRU15.

PETALING JAYA: Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka menentang Dr Mahathir Mohamad di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15.

Beliau akan bertanding sebagai calon bebas atau calon bagi mana-mana parti yang sudi memberikan laluan kepadanya, menurut Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak).

Setiausaha Agung Gerak, Syed Putra Syed Isa, berkata keputusan itu hasil desakan pelbagai pihak terhadap kumpulan berkenaan untuk meletakkan calon menentang Mahathir di Langkawi.

“Mahathir masih lagi merupakan ancaman utama kepada proses reformasi dalam negara ini dan menjadi tanggungjawab Gerak Malaysia meletakkan saingan yang serius pada kali ini atau dalam PRU15,” katanya dalam kenyataan.

Mahathir yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dipilih sebagai Ahli Parlimen Langkawi dalam PRU14 pada 2018. Beliau mengalahkan calon Umno Nawawi Ahmad dan PAS Zubir Ahmad dengan majoriti 8,893 undi.

Beliau kini pengerusi Pejuang selepas meninggalkan Bersatu pada 2020.

Ezam yang juga pengerusi Gerak bersetuju dengan keputusan kumpulan itu meletakkannya bertanding menentang bekas perdana menteri tersebut.

Keputusan untuk bertanding di Langkawi itu turut disahkan sendiri oleh beliau kepada FMT.

Syed Putra berkata, semua jentera pilihan raya Gerak terutama di Kedah sudah diarahkan membuat persiapan segera.

Katanya, Ezam dijangka membuat pengumuman mengenai keputusan itu ketika pelancaran sukarelawan Gerak, esok.

Ezam sebelum ini merupakan ketua Pemuda PKR dari 1999 hingga 2005. Beliau kemudian meninggalkan parti itu pada 2008 dan menyertai Umno.

Beliau pernah berkata akan berdepan Naib Presiden PKR Amirudin Shari di DUN Sungai Tua jika menteri besar Selangor itu dicalonkan bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Ezam turut mendesak Amirudin dan lapan lagi ADUN PKR Selangor untuk tidak bertanding pada PRU disebabkan hubungan mereka dengan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

LAPORAN POLIS KE ATAS AKHBAR HARAKAH PEMBAWA FITNAH

 

Angkatan Muda Harapan telah membuat satu laporan Polis di IPD Shah Alam Selangor terhadap portal Harakah Daily berkenaan satu laporan berita bertajuk "Pakatan Harapan: Rejim Yang Bakal Hancurkan Melayu-Islam" yg telah disiarkan pada 12hb Oktober 2022.

Laporan polis telah dibuat oleh Sdr Abbas Azmi Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr Raja Ahmad Iskandar SU Publisiti DAPSY Kuala Lumpur, Izuan Kasim KETUA AMK Selangor dan Shafiq MUDA Bangi anjuran Biro Mobilisasi Rakyat PemuPemda AMANAH Nasional.

Kenyataan Media

Kebiadapan Artikel di HarakahDail: Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan MELAYU5 Islam?

Pemuda Parti AMANAH Negara bersama rakan komponen Pakatan Harapan menzahirkan rasa kesal diatas terbitan artikel yang disiarkan oleh portal HarakahDaily diatas tajuk Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan Melayu - Islam.

Artikel ini ditulis oleh seorang manusia yang bernama Zurk Ahmad yang ditulis pada 12 Oktober 2022.

Tulisan Fitnah ini dilihat sebagai strategi pihak tertentu sempena menjelangnya pilihanraya Umum ke 15. Ketakutan melampau penulis dan Mungkin PAS sehingga memaksa mereka menerbitkan tulisan fitnah sebegini.

Pakatan Harapan sangat menjunjung perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan hak orang Melayu dan bangsa dan agama lain yang ada di Malaysia.

Justeru satu laporan polis telah dibuat bagi menghentikan tulisan Fitnah sebegini dan memohon satu tindakan undang undang kepada penulis dan penerbit artikel ini.

Sesungguhnya Dosa Fitnah ini Jebih besar dari dosa membunuh dan Islam tidak mengajar akhlak sebegini.

 

0:00 / 10:56
341
27 shares