1. ANAK CINA LSS kini sedang rancak menjaja naratif dan putar belit kononnya Tabung Haji (TH) langsung tidak rugi walau satu sen pun dalam skandal TH Indo Plantations, sebaliknya beliau cuba meyakinkan kita bahawa TH "untung besar".
2. Hebat sungguh permainan silap mata ANAK CINA LSS. Beliau cuba membodohkan pembaca dengan logik kewangan tahap "kedai runcit" semata-mata untuk menutup kecacatan tadbir urus dan pelanggaran piawaian operasi standard (SOP) berskala bilion ringgit yang telah didedahkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Dalam mana-mana standard pengurusan yang ketat, pelanggaran kawalan tatakelola (governance) sebegini adalah satu kecacatan kritikal (non-conformance), bukan perkara yang boleh disapu di bawah karpet.
3. Mitos ANAK CINA LSS: "Diskaun AS$100 juta bukan rugi sebab jualan keseluruhan masih untung."
Fakta RCI: ANAK CINA LSS sengaja menyembunyikan penipuan penyata kewangan TH pada waktu itu. Aset telah dinilai terlampau tinggi di atas kertas menggunakan kaedah Realizable Asset Value (RAV) semata-mata untuk mewujudkan 'ilusi keuntungan' bagi menghalalkan pengagihan hibah. Apabila urus niaga sebenar berjalan dan harga terpaksa dipotong sebanyak AS$100 juta (lebih RM400 juta), TH terpaksa menelan kerugian rosot nilai (impairment loss) ke atas buku mereka. Buku kewangan yang dicanang untung, rupa-rupanya merekodkan defisit. Ini bukan strategi perniagaan yang sah, ini dipanggil creative accounting.
4. Mitos ANAK CINA LSS: "TH bayar RM540 juta kepada bank, bukan masuk akaun pembeli. Jadi tiada masalah."
Fakta RCI: Wah, sejak bila institusi pelaburan suci umat Islam ini berubah fungsi menjadi pelepas hutang (bailout) kepada taikun luar negara? Hakikatnya, pegangan saham telah diserahkan sebelum bayaran penuh diterima daripada pihak pembeli. Apabila pembeli gagal menjelaskan obligasi mereka, TH dengan semberono terpaksa mendahulukan RM540 juta wang pendeposit untuk menebus hutang tersebut. Apabila penjual terpaksa membiayai pembelinya sendiri, ia adalah tahap pendedahan risiko (risk exposure) yang amat melampau. Kalau pembeli lari dan muflis, adakah LSS mahu menggantikan dana pencarum TH yang lebur?
5. Mitos ANAK CINA LSS: "Pendahuluan RM540 juta dipulangkan semula pada 2025, malah siap dapat untung forex RM192.3 juta. Jadi TH untung."
Fakta RCI: Ini adalah hujah paling bodoh untuk menipu mereka yang buta metrik kewangan. ANAK CINA LSS dengan licik cuba memadamkan realiti Time Value of Money (Nilai Masa Wang). Dana tunai mega RM540 juta milik jemaah haji telah TERKUNCI dan lumpuh dari sebarang kitaran pelaburan selama sedekad.
Jika dana ini diuruskan dengan betul, dicairkan lebih awal, dan disuntik ke dalam instrumen berisiko rendah yang patuh syariah (dengan unjuran purata 5% setahun selama 10 tahun), TH sepatutnya telah menjana pulangan kompaun beratus juta ringgit secara stabil dan selamat. Sebaliknya, duit itu tersangkut. "Untung RM192.3 juta" yang dibanggakan itu bukanlah hasil kehebatan strategi, ia semata-mata nasib kebetulan (windfall) akibat penyusutan nilai mata wang Ringgit.
6. Laporan RCI bukan sembang kedai kopi. Penemuan ini merangkumi siasatan forensik yang mengesahkan bahawa pengurusan TH sebelum 2018 sarat dengan kelemahan pengurusan risiko, sehingga empat orang pegawai berdepan dengan pertuduhan tatatertib akibat salah urus transaksi ini.
Amat menyedihkan apabila wujud segelintir orang Melayu-Islam kita yang begitu taksub dan mudah menelan naratif songsang daripada seorang individu luar yang langsung tiada kepentingan untuk memelihara duit jemaah haji, berbanding menyokong usaha dan dapatan pakar audit kita sendiri yang sedang bertungkus-lumus membersihkan kerosakan institusi ini.
Jangan biarkan akal kita terus diperbodohkan oleh propaganda.
Fikir-fikirkanlah.
Ridhuan Esa
Exco Pemuda Amanah Nasional
17 Ogos 2026
No comments:
Post a Comment