USAHA TANPA HENTI KPKM, KALI INI MELIBATKAN ANGKASA BERSAMA 15 RIBU KOPERASI DALAM PEMBANGUNAN AGROMAKANAN NEGARA







DS Abg Mat Sabu hari ini menerima kunjung hormat dari Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan rombongan di Wisma Tani, Putrajaya. Antara topik perbincangan pagi ini memfokuskan kepada Penglibatan Angkasa dalam Pembangunan Agromakanan Negara.


Angkasa adalah antara pertubuhan koperasi terbesar dalam negara dengan mempunyai jumlah keanggotaan menghampiri 8 juta orang. Pihak Angkasa telah menggerakkan 14,975 koperasi di bawah agensi tersebut untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran makanan bagi mengurangkan kos import makanan dalam negara.


Kementerian sangat mengalu-alukan penglibatan dari pihak swasta, NGO mahupun pertubuhan koperasi untuk sama-sama meneroka peluang untuk membantu Kementerian meningkatkan pengeluaran makanan negara menerusi rantaian atau ekosistem melibatkan penanaman, penternakan, pemprosesan atau pembekalan yang berkaitan dengan pertanian.



No comments: