TAK LEH MENGAJAR DAH DI SELANGOR. KENA BALIK JERANTUT LAH TENGOK UMAH KOT KOT SIAP KA TIDAK.


 PENGERUSI Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor memaklumkan,tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada aktivis politik di Selangor ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2023.

Perkara itu diputuskan MAIS yang menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Abdul Aziz berkata, mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.


No comments: