PMX TIBA DI JEPUN.

 



Alhamdulillah, saya dan Azizah tiba di Tokyo malam tadi untuk lawatan kerja sulung di Jepun untuk menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun bersama-sama rakan pimpinan lain.


Seraya disambut oleh Duta Besar Malaysia Ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan Naib Menteri Luar Jepun Yasushi Hosaka, saya sempat bertegur sapa dengan warga kedutaan selain staf lokasi penginapan.


Sepanjang lima hari di negara matahari terbit ini, saya turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida, dan disusuli perjumpaan dengan ketua-ketua eksekutif syarikat korporat gergasi dan pemimpin-pemimpin industri.


Tidak lengkap juga lawatan ini jika tidak bertemu dengan diaspora Malaysia dalam satu pertemuan yang diatur nanti.


Mohon dititipkan doa agar semua yang dirancang berjalan lancar sebaiknya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: