KALAU ITU TANGGAPAN. MAKA YANG LAIN PERLU KERAS BEKERJA SEBAGAIMANA PMX KALAU GAGAL BAIK LEPASKAN.

 


DS Anwar bukannya dominasi. Tapi beliau terlihat sedemikian kerana pembangkang juga. Kalau lihat cara pembangkang bekerja, mereka sedaya upaya mahu memperlihatkan DS Anwar sebagai gagal.


Jadi pagi, petang, siang, malam mereka serang DS Anwar dari pelbagai sudut. Atas serangan itu, maka para penyokong DS Anwar terpaksa counter dengan menyebarkan berita kerja yang dibuat oleh PMX.


Tapi itu tak bererti menteri lain semua gagal. Kita boleh lihat bagaimana Anthony Loke, Mohamad Sabu, Azalina, Saifuddin Nasution, Rafizi termasuk juga Armizan yang pangku jawatan sebagai Menteri KPDN mampu deliver kepada rakyat.


Penganalisis juga menyebut tentang janji reformasi institusi. Antaranya peruntukan sama rata antara ahli parlimen. Aku tak tahu kenapa penganalisis nak sibuk isu ini walaupun dah banyak kali dijelaskan.


Baca berita penuh di https://tinyurl.com/589hh6ud.


Juga disebut tentang pemansuhan akta-akta zalim. Aku tak rasa DS Anwar lupa dengan janji-janji itu tapi beliau sengaja tangguhkan pemansuhan akta tersebut kerana hakikatnya kita tak bersedia lagi.


Umpama janji nak belikan anak motor jika berjaya dalam peperiksaan contohnya. Sebelum beli tentu kita perlu pastikan si anak ada lesen dulu. Kalau tak boleh bahayakan dirinya sendiri serta orang lain.


Pada masa ini pembangkang begitu aktif mainkan isu 3R secara sengaja. Malah Mahiaddin dan Hadi mempertahankan perbuatan jahat ini. Walaun juga tak henti menghasut menggunakan sentimen ini.


Jika akta ini dihapuskan pada masa ini, mungkin boleh mendatangkan bencana buat negara. Jadinya suka atau tidak, perlu kekalkan dahulu sehinggalah penjahat-penjahat ini dihapuskan dan rakyat telah dididik untuk berpolitik secara berhemah.


Nak betulkan rumah bukan boleh siap semalaman. Apatah lagi rumah yang hampir musnah dilanda ribut. Perlukan masa dan rancangan teliti. Jangan sampai rumah itu jadi semakin rapuh dan roboh.


Tapi penganalisis bersetuju yang DS Anwar berjaya membawa ekonomi negara ke arah yang betul dan menarik pelabur dengan Belanjawan 2024 baru baru ini. InsyaAllah Malaysia akan pulih di bawah pentadbiran DS Anwar. Aamin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.