PESANAN BUAT YANG BARU BEKEJA

 Burnout.

.

Asyraff Jeffry


Ramai orang muda yang baru masuk ke alam pekerjaan menafikan kewujudan 'makhluk' ini. Jadi, mereka pulun kerja sampai nikmat kerja itu hilang dan badan tidak sihat.

.


Saya selalu pesan kepada pekerja yang directly bawah saya, jawab mesej sampai pukul 9 sahaja (OT), selebihnya selesaikan pada pagi keesokannya. Memang selepas pukul 9 saya akan tetap mesej sebab bimbang lupa tapi balas keesokannya pun saya tiada masalah.

.


Tapi pada peringkat awal,jawapan yang biasa saya terima bila suruh mereka ikut waktu kerja yang saya tetapkan ,"takpala, lagipun takda kerja lain."

.


Saya senyum sahaja.

.


Dan pengakhirannya sama dengan sebelum ini. Badan penat,motivasi kerja hilang. 

.


Tiada titik yang jelas di mana kita akan burnout. Setiap orang mempunyai daya tahan yang berbeza. Oleh sebab itu, cuba ikut waktu kerja yang ditetapkan. Tidak perlu buat OT kalau tidak dibayar.

.


Sekadar berpesan kepada anak muda yang baru nak masuk ke alam pekerjaan. Saya bukan nak tunjuk saya baik tetapi bila pekerja burnout,hantar surat berhenti, saya akan serabut. Untuk elakkan kepala saya dari keserabutan, saya pesan awal-awal.

.


Lol.