MACAM NI PUNYA MEMBAZIR. PATUT TANGKAP HUMBAN MASUK PENJARA- SAMA YANG BERSEKONGKOL


Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan sejumlah RM681.71 juta dana awam hilang susulan kegagalan pelaksanaan enam inisiatif.

Mengikut perincian laporan diterbitkan hari ini, kegagalan pengurusan program penanaman padi menyebabkan negara rugi RM660.14 juta, iaitu dana tertinggi yang dibazirkan.

Diikuti pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta); pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah kementerian dalam negeri (RM6.34 juta).


Diikuti pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta); pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah kementerian dalam negeri (RM6.34 juta).

Pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin (RM0.49 juta); program galakan pelaburan bagi sektor perkilangan (RM0.29 juta); dan pengurusan program bandar selamat (RM0.12 juta).


LKAN 2022 juga mendedahkan sebanyak RM21.35 juta pembaziran dana awam meliputi tiga program iaitu pengurusan pekerja asing bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) sebanyak RM19.39 juta.

Pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin (RM1.04 juta), dan pengurusan program memperkasakan kapasiti, kebolehan dan daya saing industri pembinaan (RM0.92 juta).

Sementara itu, dua program dikesan tidak melaksanakan pembayaran secara teratur iaitu pengurusan program podium sukan elit (RM1.47 juta) dan pengurusan program memperkasakan kapasiti, kebolehan dan daya saing industri pembinaan (RM0.05 juta).



No comments: