ISU PERTINDIHAN KUASA KES LIWAT, PERLUKAH PERLEMBAGAAN DIPINDA?




Che Ibrahim


Ambo tak nampak sikit habuk apa rasional dan justifikasi mengapa Perlembagaan perlu dipinda bagi membolehkan kesalahan liwat dibicarakan di mahkamah syariah. 


Kita tahu kes Iki Putra boleh menyebabkan semua peruntukkan liwat dalam enakmen enakmen jenayah syariah negeri negeri terdedah kepada tidak sah dan terbatal jika dicabar. Tapi untuk apa dan kerana apa kesalahan liwat perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah? 


Kes kes seksual adalah kesalahan moral yang amat serius. Selain zina dan khalwat, semua kesalahan seksual telah ada dalam Kanun Kesiksaan di mana hukumannya jauh lebih berat berbanding dengan hukuman di mahkamah syariah.


Jika kes kes seksual seperti liwat, sumbang mahram, musahaqah/lesbian, gangguan seksual, persetubuhan dengan bukan manusia/mayat dll dibicarakan di mahkamah syariah, hukuman yang boleh dikenakan tetap berligar kepada denda, penjara dan sebat, sama sahaja dengan hukuman di mahkamah sivil, bahkan jumlah denda, penjara dan sebatan jauh lebih berat di mahkamah sivil. 


Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman maksima denda rm5000, penjara 3 tahun sebat syarie 6 Kali, berbanding mahkamah sivil boleh menjatuhkan hukuman denda tanpa limit, penjara sehingga 33 tahun dan sebat sivil (hukuman paling berat selepas hukuman mati) sehingga 24 sebatan. 


Jadi apa rasional dan justifikasi perlunya Perlembagaan dipinda bagi memberi kuasa yang lebih kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes kes kesalahan seksual seperti liwat dll sedangkan hukuman bagi kesalahan tersebut jauh lebih tinggi di mahkamah sivil?? ... Adakah bagi tujuan menjatuhkan hukuman yang ringan bagi pesalah Muslim??



No comments: