SATU KEJAYAAN YANG PATUT DIBANGGAKAN.


 

Satu lagi kejayaan Kerajaan Perpaduan yang baru berusia 9 bulan ini. Kadar inflasi untuk Julai adalah 2%. Turun daripada sebelumnya 2.4%. Sesuatu yang PN tak pernah berjaya lakukan dahulu walau tubuh beberapa JK khas.

Dengan penurunan inflasi ini maka kuasa membeli rakyat akan meningkat. Ini cara membantu rakyat yang paling berkesan. Bukan dengan biarkan rakyat belanjakan simpanan hari tua kemudian mendabik dada konon dia beri bantuan.

Kementerian Ekonomi juga sedang meniliti kaedah untuk menurunkan harga barang dengan kurangkan permit AP dan import serta menyemak peraturan anti monopoli dan persaingan. Jauh benar bezanya menteri sekarang dengan menteri sebelum ini yang jadi janitor di Masjidil Haram.

Cuma walaun terus butakan mata. Tak sudah reka persepsi kerajaan tak buat apa sedangkan mereka sendiri mulai rasakan perbezaan pentadbiran yang ada sekarang berbanding dengan ketika abah artis tu menjadi PM dahulu.

Dalam tempoh 9 bulan, dah banyak perkara positif yang berlaku. Dalam tempoh 4 tahun lagi, pastinya negara kita kembali kukuh. Sebab itu kena pertahan negara ini dari dirampas puak benak yang tak reti buat kerja tapi gila nak rampas kuasa sebab nak menyakau. Guane boh?

Raja Gelap