Satu perkara yang penting apabila dilantik ke jawatan tertentu
ialah mengiktiraf jasa dan berikan kredit kepada pihak yang berusaha sehingga
jaya sesuatu perkara. Inilah yang menyebabkan Nabi sallallah alaih wasallam
mengiktiraf jasa Mut'im bin 'Adiy yang tidak Islam ketika membantu baginda
selepas peristiwa Taif berlaku.
Jangan pula pencapaian hasil usaha orang lama dibakulkan konon
ia usaha kita sedangkan ia bukan usaha kita. Berikan hak kepada yang berhak dan
iktiraf kejayaan orang walau mereka bukan dari kumpulan atau parti kita. Sabda
Nabi sallallah alaih wasallam:
فأعط كل ذي حق حقه
Berikan hak kepada setiap pemilik hak. (HR al-Bukhari)
Ini adalah antara asas pentadbiran Islam selain daripada hudud.
Dr Rozaimi Ramle
BENARLAH KATA2 DR ROZAIMI. SEMUA TAHU, SEWAKTU TH BERADA DI
ZAMAN UMNO/BN, PAS BERPUAS HATI DENGAN PENGURUSAN TH.
BILA KERAJAAN PH PERINTAH, DIDAPATI TERLALU BANYAK SALAH LAKU
BERLAKU DI DALAM TH. PELABURAN TH RUGI BESAR, TETAPI DISEMBUNYIKAN DENGAN
MEMBAYAR HIBAH YANG MELANGGAR PERATURAN TH. KERAJAAN PH TERPAKSA MEMPERBETULKAN
SEMULA PENGURUSAN TH HINGGA KE LANDASAN YANG BETUL. TERBUKTI, .MENTERI AGAMA DI
BAWAH KERAJAAN PN SEWAKTU PM MUHYIDIN, IAITU DR ZULKIFLI MENGAKU PENGURUSAN TH
DI BAWAH KERAJAAN PH
TERBAIK
DAN CEMERLANG.
PEMBETULAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN PH ITU LAH MENJADIKAN TH
KINI MUDAH DIURUS. TIBA2 LEBAI AMBIL KREDIT KONONNYA ATAS USAHA MEREKA. MENTERI
AGAMA DARI LEBAI BUAT APA UNTUK TH? SEKADAR BERITAHU BAHAWA KOS PERGI HAJI
MENINGKAT, MAKA TIDAK WAJIB PERGI HAJI JIKA TIDAK MAMPU? ITU BUDAK2 TADIKA
PASTI PUN TAHU.
WFAUZDIN NS