KHAIRUL ANUAR AHMAD ZAINUDDIN
Peguam Najib Abdul Razak memberi tempoh sehingga 12 tengah hari
esok(HARI INI) kepada Menteri Dalam Negeri berhubung rayuan mereka supaya Ahli
Parlimen Pekan itu dibenarkan menghadiri parlimen.
Jika tidak, pasukan peguam bekas perdana menteri akan memfailkan
tindakan undang-undang untuk membenarkan Najib berbuat demikian.
Peguam utama Najib petang tadi mendedahkan Jabatan Penjara
minggu lalu tidak membenarkan permohonannya menghadiri persidangan Dewan
Rakyat.