NILAI DAN MARTABAT POLITIK ANWAR IBRAHIM

 


Jika boleh digunakan istilah malaikat dalam politik, Anwar Ibrahim adalah salah seorang daripadanya. Anwar terlalu baik dalam politik sehinggakan kebaikannya disalah guna dan beliau sendiri terhukum dengan kebaikan itu.

Begitu pun, itulah ciri-ciri dan sifat manusia sejati yang diajarkan dalam agamanya. Anwar tidak berdendam dengan sesiapa dan cair dengan pujukan dan idea-idea yang boleh membantunya. Contoh klasiknya menerima OT95 untuk berbaik. Anwar terima OT95 kerana dipujuk dan diberi keyakinan PH akan capai kemenangan.

Betul, tetapi yang terguling dan merana adalah Anwar disebabkan OT95. Kalau pun ada benefitnya dapat pengampunan, tidak lebih daripada itu.

Terbaharu dalam wawancara dengan akhbar yang selama ini menabur fitnah kepadanya (Mingguan Malaysia) Anwar memberi tahu dia akan pujuk dua pemuka parti itu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Anwar mengakui kehebatan dan ketokohan kedua orang itu. Tetapi saat Anwar diserang dan dipalu keduanya meninggalkan Anwar dan parti.

Bagi saya siapapun kedua orang itu mereka adalah politis yang tidak bertanggungjawab, berjija kuman kurus. Namun mereka masih bernasib baik kerana ketua parti mereka seorang malaikat yang memaaf dan melupai peristiwa. Mungkin untuk Anwar,Tuhan ada sediakan makam teristimewa buatnya lebih istimewa daripada jawatan Perdana Menteri. Trims.

- MSO