Jika boleh digunakan istilah malaikat dalam politik, Anwar
Ibrahim adalah salah seorang daripadanya. Anwar terlalu baik dalam politik
sehinggakan kebaikannya disalah guna dan beliau sendiri terhukum dengan
kebaikan itu.
Begitu pun, itulah ciri-ciri dan sifat manusia sejati yang
diajarkan dalam agamanya. Anwar tidak berdendam dengan sesiapa dan cair dengan
pujukan dan idea-idea yang boleh membantunya. Contoh klasiknya menerima OT95
untuk berbaik. Anwar terima OT95 kerana dipujuk dan diberi keyakinan PH akan
capai kemenangan.
Betul, tetapi yang terguling dan merana adalah Anwar disebabkan
OT95. Kalau pun ada benefitnya dapat pengampunan, tidak lebih daripada itu.
Terbaharu dalam wawancara dengan akhbar yang selama ini menabur
fitnah kepadanya (Mingguan Malaysia) Anwar memberi tahu dia akan pujuk dua
pemuka parti itu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Anwar mengakui kehebatan dan
ketokohan kedua orang itu. Tetapi saat Anwar diserang dan dipalu keduanya
meninggalkan Anwar dan parti.
Bagi saya siapapun kedua orang itu mereka adalah politis yang
tidak bertanggungjawab, berjija kuman kurus. Namun mereka masih bernasib baik
kerana ketua parti mereka seorang malaikat yang memaaf dan melupai peristiwa.
Mungkin untuk Anwar,Tuhan ada sediakan makam teristimewa buatnya lebih istimewa
daripada jawatan Perdana Menteri. Trims.
- MSO