MANA TAK SERIKNYA ..KENCING KAWAN..MANA ADA JAWATAN....

 

PAS dah serik kerjasama dengan PKR, kata Hadi

PAS dah serik kerjasama dengan PKR, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak mengulangi kerjasama dengan PKR.

Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS mempunyai pengalaman bekerjasama dengan PKR dan tidak akan mengulangi langkah sama.

Tegasnya, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bermatlamat menyelamatkan individu atau kumpulan.

“(Kerjasama) PKR, DAP kita berpengalaman sejak 1998, 1999 hingga beberapa tahun, dalam 20 tahun, jadi cukup (kerjasama), dia (PKR) lemas, jadi biar dia selesaikan masalah mereka.

“Kita di Perikatan Nasional (PN) berada dalam keadaan selamat dan fokus kita untuk menyelamatkan rakyat dan negara menerusi kerjasama antara UMNO dan BERSATU menerusi PN.

“Kerjasama kita di PN semakin hari semakin kuat dan kerjasama kita yang baharu adalah BERSATU dan UMNO termasuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak serta parti-parti yang bergabung dengan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Ditanya kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, Abdul Hadi berkata, terpulang pada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO.

“Itu terpulang pada dia, bukan parti saya kerana kita negara demokrasi dan dia boleh bekerjasama dengan mana-mana parti yang berdaftar,” katanya.







No comments: