MENJAWAB DAKWAAN MAHAZALIM

 

MENJAWAB DAKWAAN MAHATHIR

Pada pendapat saya dakwaan Tun Mahathir itu tidak tepat.Fakta menunjukkan Parti Bersatu PPBM pimpinan Mahathir bertanding 52 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan majoriti Melayu.PPBM kalah teruk di tangan Umno khususnya.

2.Dari 52 kerusi yang ditandingi oleh PPBM atas nama PH hanya 13 kerusi sahaja PPBM pimpinan Mahathir menang.

3. Manakala Parti Keadilan Rakyat yang bertanding kurang dari PPBM iaitu hanya sebanyak 50 kerusi telah menang sebanyak 48 kerusi. Keadilan menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan PH.

4.Umno yang bertanding di kawasan majoriti Melayu menang banyak kerusi, lebih 50 kerusi mengalahkan calon-calon parti pimpinan Mahathir. Mana kekuatan Mahathir?

5. Begitu juga di peringkat negeri atau DUN. Misalnya di Johor dari 56 kerusi DUN dalam Johor PPBM pimpinan Mahathir bertanding paling banyak kawasan sebanyak 18 kerusi khususnya di kawasan Melayu.Hasilnya apa?

6. PPBM kalah lebih separuh di tangan Umno di Johor.PPBM hanya menang 8 kerusi DUN sahaja.Mana kekuatan Mahathir di kalangan Melayu?

7.Yang sebenarnya Mahathir dan PPBM pimpinannya terhutang budi kepada parti pelbagai kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP, dua teras multiracial parti dalam PH untuk calon-calon PPBM memenangi pilihanraya.

8. PH (Keadilan, DAP dan Amanah)selain PPBM kebanyakannya bertanding di kawasan campuran.

9. Sokongan undi Melayu yang diterima oleh PH termasuk PPBM yang menggunakan logo Parti Keadilan tidak banyak beza dari apa yang mereka terima dalam PRU ke13 tahun 2013.

10.Pertambahan undi Melayu yang diterima oleh PH bukan kerana Mahathir tetapi kerana rakyat Melayu6 menolak kerajaan BN rasuah pimpinan Najib Razak dan juga simpati rakyat Melayu kepada Anwar Ibrahim Ketua Umum Keadilan dan Ketua Umum PH yang dizalimi oleh pemerintah BN yang memenjarakannya.

11. Cadangan untuk mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika PH berjaya menumbangkan Najib dan BN telah mengembleng sokongan generasi pengundi muda Melayu dan kelas menengah terpelajar Melayu untuk menyokong PH.

12. Jelas pengaruh dan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim di kalangan genersi muda dan terpelajar Melayu yang membantu PH, bukannya kerana pengaruh Mahathir.

13 Manakala Mahathir yang dikatakan popular dan disokong rakyat di luar bandar dan desa tidak menjadi kenyataan dan tidak membantu PH. Kawasan desa, kampung dan luar bandar, majoriti pengundi Melayu masih menyokong Umno dan menolak Mahathir, termasuk di kawasan-kawasan Felda.

14. Hampir semua di kawasan majoriti Melayu di luar bandar, calon-calon PPBM pimpinan Mahathir tewas.Jadi Tun Mahathir berhentilah bermimpi di siang hari.Janganlah membuat dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas dari segi fakta.

Yang benar

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Bertarikh: 31 Disember 2020