Kesilapan terbesar UMNO adalah memilih untuk bersekongkol dengan pengkhianatan BERSATU dan Azmin Ali
Kesan baik kepada UMNO yang kita dapat lihat adalah, UMNO kembali sebagai kerajaan dalam tempoh 22 bulan kehilangan kuasa.
Namun, apa terjadi pada UMNO kini adalah lebih mudarat pada diri mereka berbanding sewaktu menjadi pembangkang.
1. Kekuatan terbesar mereka, dan merupakan ancaman terbesar PH, Muafakat Nasional, bakal terkubur tanpa nisan.
2. UMNO kehilangan kerusi potensi mereka yang terpaksa diserahkan kepada BERSATU. Bahkan kerusi yang dimenangi mereka pada 2018 tapi mp terbabit lompat ke BERSATU, turut bakal ke Bersatu ( Kes duluan – PRN Sabah)
3. Perpecahan dalaman UMNO yang pro PN dan Pro BN, kita lihat kita beberapa pergaduhan terbuka antara Annuar Musa dengan Puad Dzarkasi, Shabery Cheek, Nur Jazlin, dll
4. UMNO terpaksa bayar lebih dan tiada pilihan pada PRU15 akan datang. Jika mereka menarik diri dari PN :
Tiga penjuru akan berlaku antara PH – PN – BN, ini akan mengulangi PRU14 , hanya sedikit kelebihan untuk mereka jika idea Grand Coalition PH gagal dan berlaku 4 penjuru, padang mungkin kembali rata. Tapi idea GC dilihat akan berjaya.
Jika UMNO kekal dalam PN maka point nombor 2 diatas mengambil tempat.
Jika berlaku pertembungan DUA penjuru, PH akan punyai kelebihan di kerusi *******, terpaksa dirahsiakan huraian. 🤣
5. Kekuatan UMNO adalah dengan tertubuhnya Muafakat Nasional, Usaha bersama PAS itu menjadi satu gerakan raksasa yang berupaya melumpuhkan kekuatan Pakatan Harapan di kerusi majoriti melayu , namun apabila hadirnya pihak ketiga iaitu BERSATU, UMNO terpaksa bersaing dengan parti serpihannya itu. Sekaligus meranapkan MN, ia berita gembira buat PH.
PRU 15 mungkin berlangsung seawal Jun 2021, kerana pada Julai, Undi 18 bakal terlaksana dan melahirkan jutaan pengundi baharu, ia bukan sesuatu yang baik untuk kerajaan hari ini berdepan kerana mereka adalah kelompok terjejas kerana kegagalan kerajaan mengawal penularan Covid-19, serta membaiki ekonomi. Walau kita faham ia diluar kawalan namun dalam politik, persepsi itu lebih utama.
Muammar Qaddafi