MENJAWAB DAKWAAN MAHATHIR
Pada pendapat saya dakwaan Tun Mahathir itu tidak tepat.Fakta
menunjukkan Parti Bersatu PPBM pimpinan Mahathir bertanding 52 kerusi parlimen
di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan majoriti Melayu.PPBM kalah teruk di
tangan Umno khususnya.
2.Dari 52 kerusi yang ditandingi oleh PPBM atas nama PH hanya 13
kerusi sahaja PPBM pimpinan Mahathir menang.
3. Manakala Parti Keadilan Rakyat yang bertanding kurang dari
PPBM iaitu hanya sebanyak 50 kerusi telah menang sebanyak 48 kerusi. Keadilan
menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan PH.
4.Umno yang bertanding di kawasan majoriti Melayu menang banyak
kerusi, lebih 50 kerusi mengalahkan calon-calon parti pimpinan Mahathir. Mana
kekuatan Mahathir?
5. Begitu juga di peringkat negeri atau DUN. Misalnya di Johor dari
56 kerusi DUN dalam Johor PPBM pimpinan Mahathir bertanding paling banyak
kawasan sebanyak 18 kerusi khususnya di kawasan Melayu.Hasilnya apa?
6. PPBM kalah lebih separuh di tangan Umno di Johor.PPBM hanya
menang 8 kerusi DUN sahaja.Mana kekuatan Mahathir di kalangan Melayu?
7.Yang sebenarnya Mahathir dan PPBM pimpinannya terhutang budi
kepada parti pelbagai kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP, dua teras
multiracial parti dalam PH untuk calon-calon PPBM memenangi pilihanraya.
8. PH (Keadilan, DAP dan Amanah)selain PPBM kebanyakannya
bertanding di kawasan campuran.
9. Sokongan undi Melayu yang diterima oleh PH termasuk PPBM yang
menggunakan logo Parti Keadilan tidak banyak beza dari apa yang mereka terima
dalam PRU ke13 tahun 2013.
10.Pertambahan undi Melayu yang diterima oleh PH bukan kerana
Mahathir tetapi kerana rakyat Melayu6 menolak kerajaan BN rasuah pimpinan Najib
Razak dan juga simpati rakyat Melayu kepada Anwar Ibrahim Ketua Umum Keadilan
dan Ketua Umum PH yang dizalimi oleh pemerintah BN yang memenjarakannya.
11. Cadangan untuk mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana
Menteri jika PH berjaya menumbangkan Najib dan BN telah mengembleng sokongan
generasi pengundi muda Melayu dan kelas menengah terpelajar Melayu untuk
menyokong PH.
12. Jelas pengaruh dan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim di
kalangan genersi muda dan terpelajar Melayu yang membantu PH, bukannya kerana
pengaruh Mahathir.
13 Manakala Mahathir yang dikatakan popular dan disokong rakyat
di luar bandar dan desa tidak menjadi kenyataan dan tidak membantu PH. Kawasan
desa, kampung dan luar bandar, majoriti pengundi Melayu masih menyokong Umno
dan menolak Mahathir, termasuk di kawasan-kawasan Felda.
14. Hampir semua di kawasan majoriti Melayu di luar bandar,
calon-calon PPBM pimpinan Mahathir tewas.Jadi Tun Mahathir berhentilah bermimpi
di siang hari.Janganlah membuat dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas dari
segi fakta.
Yang benar
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Bertarikh: 31 Disember 2020