Via WhatsApp
Kerajaan mengatakan amat sukar untuk membenarkan rakyat keluarkan RM 10,000 daripada akaun 1, KWSP.
Kenapa? Sedangkan kerajaan berkuasa untuk meminda Akta KWSP dan memberikan arahan untuk berbuat sedemikian.
Mengikut data, kerajaan mempunyai simpanan rakyat di dalam KWSP sebanyak RM 870.01 billion.
Sedangkan jika kerajaan benarkan seramai 7,626,262 juta pencarum aktif dan ke semua pencarum berjumlah 14.59 juta pemilik KWSP milik rakyat dikeluarkan adalah berjumlah :
Situasinya ;-
A : 7,626,262 x RM 10,000 =
RM 76,262,620,000 billion.
B : 14,590,000 x RM 10,000 =
RM 145,900,000,000 billion.
Kalian nampak tak?
Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu untuk berikan semula duit milik kepunyaan rakyat kepada rakyat iaitu pencarum KWSP dalam masa serentak?
Adakah ini yang sebenarnya disorok oleh pemerintahan hari ini yang huru-hara mentadbir negara dengan pelbagai alasan.
Ok… Kita bertolak ansur dengan kerajaan.
Kita ada wakil di Parlimen, jadi inilah masanya kita guna wakil rakyat Parlimen untuk menuntut HAK ini diluluskan pada 6hb November 2020 nanti serta tambahan MORATORIUM dilanjutkan lagi selama 3 bulan atau 6 bulan…
Jika tidak, tidak perlu lah wakil Parlimen menyokong usul kerajaan semata-mata untuk menyelamatkan sesetengah pihak JERUNG sahaja sedangkan RAKYAT tidak mendapat HAKNYA.