ANTARA ISI PERBINCANGAN PH BERSAMA MENTERI KEWANGAN

 Nik Nazmi

Sejak mendapat maklumat pertemuan rundingan Belanjawan 2021 antara Menteri Kewangan dan Pakatan Harapan, saya telah dijemput untuk memberi input kepada pasukan KEADILAN dan Pakatan Harapan, dan hadir pada rundingan yang diadakan pada petang tadi. 


Delegasi termasuk Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mewakili DAP dan AMANAH; manakala pasukan KEADILAN diketuai Saifuddin Nasution dan terdiri daripada Wong Chen, Akmal Nasir dan saya sendiri. 


Antara cadangan utama Pakatan Harapan adalah:


1. Meningkatkan peruntukkan Kementerian Kesihatan untuk Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD)

2. Memperkasa perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000

3. Pelanjutan moratorium

4. Subsidi upah diteruskan dan mewujudkan 600,000 pekerjaan dengan menyediakan insentif  kepada majikan dan pekerja

5. Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan 

6. Pelaburan dalam projek-projek infrastruktur kritikal termasuk  Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan projek air

Dalam perkara 5 - iaitu isu pendidikan kami menekankan keperluan simpanan atau repositori kurikulum untuk memastikan kelangsungan pendidikan. Saya juga menyuarakan kepentingan guru-guru interim ditambah bagi sekolah-sekolah yang memerlukan guru yang lebih ramai. 

Sejak era Kerajaan Pakatan Harapan saya membangkitkan keperluan mengambil bilangan guru interim lebih ramai dan saya percaya situasi Covid hari ini menuntut keperluan guru yang lebih ramai terutamanya untuk melaksanakan penjarakkan fizikal di sekolah. Matlamat akhir tentulah untuk meminimakan impak Covid kepada pelajar hari ini.


No comments: