KISAH LAPORAN POLIS YB UMNO

 

PEGUAM PAS DULU


Laporan polis

1. Agak viral juga info ada beberapa Ahli Parlimen Umno/BN buat laporan polis atas alasan kononnya mereka tak sokong untuk DSAI jadi PM.





2. Agak lucu sebab yang kita tahu setakat ini DSAI tak pernah pun siar nama mereka di mana-mana. So , saya kesian kat polis, depa nak siasat lagu mana? You simply don't lodge a police report based on conjecture. And you dont simply expect police to investigate any speculative matter.

3. Katakan nama MP yang buat laporan polis tu tiba tiba tak ada pun, apa akan jadi? Saya tak boleh nak ramal sebab saya bukan Tok Nujum.

4. Cuma dari segi undang-undang, jika nama mereka diandaikan TAK ADA pun, beberapa kemungkinan dari perspektif undang-undang.

a. Mungkin yang buat laporan polis tu pula yang akan disiasat polis dan akan didakwa kerana buat laporan palsu atau memfitnah DSAI.

b. Mungkin yang buat laporan polis akan kena saman oleh DSAI kerana memfitnah.

Jika nama mereka diandaikan memang ada , saya tak pasti adakah selepas ini mereka akan tarik balik laporan polis pula atau mereka tiba tiba pula mungkin buat laporan polis yang baru kata mereka "dipaksa" untuk buat laporan polis yang sekarang ni.. Jujurnya kita tak tahu.. Mungkin kita tunggu je lah hari selasa nanti insyaAllah.