HAMDAN TAHA
Dari segi politik MCA, MIC 67 tahun bersama Umno....elok sahaja
mereka menerajui negara. Kenapa mereka elok sebab mereka tak berebut kerusi
yang sama....cuma ada satu dua sahaja ada pertindihan....
Kenapa pas...umno tak pernah berbaik selama 70 tahun. Kerana
mereka berebut kerusi yang sama....
Kenapa DAP dan Umno tak boleh bersama....kerana Umno bantu MCA
membunuh DAP....dan dengan adanya DAP mudah Umno berkuasa kerana DAP boleh jadi
bahan politik....begitu juga DAP...DAP tak berebut kerusi dengan Umno tapi tak
boleh bersama...kerana Umno boleh di jadikan bahan politik kepada DAP......sebenarnya
itu sahaja....
Sekarang ni politik dah bertukar....Umno dan PAS dan Bersatu
yang berebut kerusi yang sama boleh pula bersama dan cium mulut bersama
.....buat masa ini berapa lama boleh bertahan saya tak tahu....tapi selagi
kerajaan PN ni bertahan boleh lah mereka bersama....tapi kot kerajaan ini
jatuh....saling terkam menerkam akan berlaku...sekarang kuku semua simpan
dulu....keris masih di.sarung dan di simpan di belakang....bila akan terhunus saya
tak tahu.....
Tapi saya terfikir bagaimana agaknya tiba tiba DAP bergabung
dengan Umno.....jadi berbaik dan aman damai....siapa yang risau perkara ini
berlaku...MCA dan MIC yang takut jika itu berlaku....kerana jika itu berlaku
habis lah MCA dan MIC......DAP dan Umno berbaik dan setuju jaga bangsa masing
masing....dan kawal politik perkauman masing masing.....di tengah ada PKR.....subahanaAllah
boleh jadi damai kot isu kaum dan Melayu juga Cina ni......kenapa
tidak....politik baru....lagi pun dalam dap LKS dan LGE dah nak habis dah era
mereka.....
Politik ni macam macam boleh berlaku....bila saya tengok ahli
parlimen Umno sampai buat report polis kata dia tak sokong Anwar.....kenapa sampai
kena report polis pula....Anwar pun tak pernah sebut orang yang buat report polis
tu sokong dia.....kenapa MP-MP perlu kecoh kecoh....relax lah bro....bagi Agung
selesaikan....jangan ingat Agung kita ni kecik anak dan tak.tahu kira jumlah
MP.....
Apa yang Anwar buat ni sebenarnya Umno,Bersatu dan PAS tak perlu
buat ulasan pun. Jika lihat ulasan Bersatu...Umno dan Pas mereka yakin mereka
kuat....tidak tergugat....jadi kenapa takut dan gentar sampai terpaksa buat
kenyataan sokongan.....yakin lah pada PN dan TSMY.....dia PM kan....jadi yang
sokong dia kena yakin lah....
Cuma ramai yang buat kenyataan sokong PM dan PN.....tapi masih
ada si kalangan 113 bersama PN senyap tampa buat apa apa ulasan pun....paling
tidak saya tengok masih ada 25 MP yang buat senyap sahaja.....itu yang saya
hairan tu.....dan Anwar bukan nak 100 orang dari PN sokong dia....dia hanya
perlu lebih kurang 5 ke 10 jer......sebenarnya tak besar angka tu....boleh
tercapai jika ada yang nak kan perubahan.....saya tak tahu....tapi politik kita
ni semua bole jadi kan....
Jika kali ini Anwar gagal maka untung lah MN dan PN kerana bole
jadikan ini sebagai peluru menyerang Anwar. Jika gagal saya kira DAP dan AMANAH
pun akan menarik.sokongan kepada Anwar pada PRU 15. Perkiraan saya game Anwar
kali ini bukan main main....game ini boleh timbulkan dia dan boleh
tengelamkan.dia terus tak timbul lagi.....jadi MN dan PN sepatutnya suka dan
gembira dengan kenyataan Anwar itu....jika yakin PN ada 113 yang tak belot
la.....jika PN dan MN pun goyang itu maknanya mereka pun tak yakin pada
sokongan sendiri la tu....