APAKAH ISU PERKAUMAN, PEMANDU MABUK, RUU 355, KES ADIB, ZAKIR NAIK, TULISAN JAWI, SEKOLAH CINA, DHONG ZONG DAN LGBT BAKAL RANCAK KEMBALI?

 

Image may contain: 1 person, cloud, sky and outdoor, text that says "Selamatkan Malaysia FAN"


Sebelum mereka bercakap soal ini selepas tempuh seminggu akan datang, biar kita yang memperkatakannya terlebih dahulu.

Hakikatnya, sepanjang lebih kurang 8 bulan yang lalu, kesemua isu ini telah dimatikan. Mengapa? Sebabnya, puak yang memperkatakan kesemua isu tersebut telah memperolehi hasil yang mereka inginkan di dalam mempergunakan isu2 berkenaan.

Jelaslah bahawa mereka tidak pernah ikhlas dan jujur di dalam memperkatakan isu2 ini. Apabila mereka memperolehi kuasa dengan cara khianat, mereka tidak pandang pun isu2 ini. Mereka telah memperbodohkan para penyokong mereka selama ini.

Kini kuasa dihujung tanduk. Doa kita setiap hari memohon kepada Allah agar kesemua pengkhianat ini berpecah belah sesama mereka telah dimakbulkan. Dari kalangan mereka, Allah telah memilih beberapa insan yang benar2 ikhlas dan jujur untuk melihat negara ini aman, makmur, sejahtera dan rakyatnya bersatu padu di dalam suasana yang harmoni. Insan2 terpilih ini telah melihat kehancuran negara di bawah kerajaan tebuk atap.

Tidak kesemua, tetapi ramai di kalangan mereka meyakini negara ini patut dikembalikan kepada yang hak, iaitu rakyat yang telah membuat pilihan pada PRU14 yang lalu. Merampas hak rakyat hukumnya haram. Menggunakan dari cara yang haram sudah pasti mendatangkan kemurkaan Allah. Oleh itu, jangan salahkan sesiapa apabila negara ini masih bergelut dengan wabak yang menakutkan seluruh manusia di dunia ini.

Apabila golongan agama yang berpolitik terpesona dengan habuan duniawi, maka tunggulah akibatnya. Kini golongan politikus ugamawan mulai merasa terancam. Igauan buruk kehilangan jawatan dan kedudukan yang selalu didambakan itu semakin menghantui mereka.

Kita perlu bersedia di dalam masa terdekat ini untuk mendengar kembali ratib dari puak2 ini tentang isu perkauman, jahatnya Dap, liberalnya Keadilan, isu pemandu mabuk, judi, LGBT, pramugari tidak menutup aurat, tulisan jawi, rasisnya Dhong Zong, mana RUU 355, mana hudud, Tabung Haji dijual kepada kapir Dap, dan berbagai lagi irama lagu lama yang akan dimainkan semula.

Saya ucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen yang jujur dan ikhlas dan tidak memikirkan kepentingan peribadi jauh lebih utama dari kepentingan negara. Ijtihad mereka untuk menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai PM merupakan satu ijtihad politik yang bijak berbanding mengekalkan PM yang terbukti gagal dan mengecewakan.

Seandainya Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas lebih baik dari PM yang lalu, kita perlu berlapang dada untuk menerima hakikat bahawa rakyat berhak memilih mana2 pemimpin yang lebih baik.

WFAUZDIN NS