Moral, politik makin jahanam
1. Perasuah dibebaskan, dipuja dan disanjung. Malah mereka diberikan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Pemimpin-pemimpin yang diangkat menjadi pemimpin adalah mereka-mereka yang dicemari dengan gejala Jenayah, Rasuah, Perompak, Penyangak, Penyalahguna Kuasa, Penyebar Fitnah, Pemutar Belit Kenyataan, Penipu dan Pembohong. Mereka itu ibarat Musang Berbulu Ayam.
2. Golongan-golongan cendiakawan dan agamawan diam membisu melihat segala kemungkaran yang berlaku. Mereka disogokan dengan habuan dan jawatan-jawatan utama dalam GLC. Mereka hanya menurut apa yang diperintahkan. Yang terlihat dipejamkan mata, yang terdengar dipekakkan telinga dan yang perlu dicakapkan dibisukan mulut dan lidah mereka.
3. Perpecahan Orang-orang Melayu pula semakin kritikal menerusi kewujudan berbagai-bagai parti dan persatuan-persatuan NGO yang ditubuhkan dimana masing-masing mendakwa merekalah yang betul dan terbaik. Masing-masing bercakaran dan bertelagah sesama sendiri tanpa memikirkan akibat buruk pada generasi-generasi yang bakal menerajui negara pada masa akan datang.
4. Amalan Pengkhianatan semakin berleluasan dengan mengkhianati mandat rakyat yang memilih mereka secara adil melalui pilihanraya apabila disogokkan denagn berbagai-bagai habuan dan jawatan. Malah mereka juga tanpa ada rasa malu dan bersalah mengkhianati pemimpin-pemimpin mereka sendiri.
5. Sistem Penghakiman dan Penguatkuasa Undang-undang dicengkam oleh tangan-tangan ghaib untuk menghalalkan segala tindakan yang dilakukan. Undang-undang yang dibuat hanya terpakai kepada rakyat semata-mata. Manakala para pemimpin pula bebas mencabuli undang-undang tanpa halangan.
6. Bidang Kewartawanan Media Sosial dicemari dgn cerita2 fitnah dan juga berita-berita palsu yang dikarang oleh penulis-penulis upahan yang tidak bermaruah.
7. Adab Etika dan Kesopanan dlm penulisan di media sosial semakin teruk dicemari dgn Kata-kata Nista, Maki Hamun, Caci Mencaci, Cerca Mencerca, dan Sindir Menyindir yg keterlaluan.
8. Amalan Kleptokrasi membiak dgn subur dikalangan pemimpin-pemimpin yang merampas kuasa secara tidak bermoral. Mereka tanpa rasa takut dan segan mengaut sebanyak-banyaknya kekayaan hasil negara kedalam kantung peribadi mereka.
9. Amalan Kronisme dan Assobiyah diamalkan secara berleluasa tanpa rasa bersalah terhadap agama. Sikap Perkauman dan Rasis disemai kedlm jiwa rakyat demi utk memenangkan mereka agar mereka terus kekal diatas singgahsana kepimpinan.
10. Yg miskin dibiarkan berterusan dlm kemiskinan supaya mereka akan sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan. Para pemimpin parti2 tersebut pula melakonkan aksi memberi bantuan supaya di minda masyarakat tersebut akan terpahat bahawa hanya pemimpin2 parti tersebut sahajalah yg berupaya memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka.
11. Rakyat ditindas, diperas, diugut, dikenakan tindakan dan hukuman supaya mereka merasa takut dan gentar terhadap pemimpin-pemimpin parti tersebut. Sesiapa saja yang engkar dan berhasrat menentangnya pasti akan menerima musibahnya.
12. KEKAYAAN dan KEKUASAAN adalah matlamat utama pemimpin-pemimpin sekarang. Rakyat adalah HAMBA yang akan diperhambakan. Tergolek luka.., digolek pun terluka. Mereka-mereka yang berasa bangga dan gembira Mengampu dan Membodek cuma mendapat sisa-sisa hampas buangan yg tidak diperlukan lagi oleh pemimpin-pemimpin idola mereka.