1) Tun dah diberi peluang menjadi PM selama 22 Tahun 22 Bulan. Tempoh dan peluang paling lama berbanding Perdana Menteri lain.
2) Tun telah diberi peluang untuk menjadi PM kali kedua selama 22 bulan untuk membaiki kerosakan yang dilakukan beliau. Peluang yang tidak pernah diberikan kepada Perdana Menteri lain. Namun beliau gagal memperbetulkan kerosakan yang berlaku.
3) Tun telah melantik Waytha Moorthi sebagai Menteri Perpaduan seorang yang terbukti menipu dan memburukkan imej Malaysia di dalam temuramah di luar negara. Lantikan ini dibuat sewenang-wenangnya tanpa berbincang dengan rakan PH terlebih dahulu.
4) Tun telah berjanji untuk menjadi PM hanya 2 tahun tapi berdolak dalih dengan pelbagai alasan termasuk menyalahkan kerajaan lalu untuk mungkiri janji.
5) Tun sendiri dengan sengaja pecahkan PH dan PKR sewaktu menjadi PM. Tun melantik seteru Anwar yang juga pengkhianat dalam PKR seperti Azmin, Zuraida dan Saifudin Abdullah memegang jawatan besar dalam Kabinet.
6) Tun sendiri telah ditolak dan tidak dipercayai orang kuat beliau dalam Parti Bersatu. Pemimpin Bersatu sendiri mendakwa Tun sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai.
7) Sewaktu kerajaan PH tumbang Tun menawarkan diri menjadi PM kepada semua parti bukan PM bersama PH. Ini jelas Tun sendiri telah mengkhianati mandat rakyat yang mahu PH memerintah.
8) Tun telah menolak tawaran PH untuk sokong beliau sebagai PM dan Anwar sebagai TPM sewaktu kerajaan Malaysia tiada Perdana Menteri. Ini jelas Tun sendiri tidak mahu Anwar bergabung dengan beliau sebagai satu pasukan dalam kerajaan.
9) Tun telah merestui komplot PN untuk jatuhkan PH dengan tidak mengambil tindakan keras ke atas dalang sebelum dan ketika langkah Sheraton berlaku. Tun membiarkan Azmin bermesyuarat dengan Ahli Parlimen UMNO termasuk mesyuarat di rumah Azmin untuk jatuhkan PH.
10) Tun telah langgar manifesto PH dengan membuat lantikan politik yang tidak munasabah walau dikritik Ahli Parlimen PH.
11) Tun mempunyai sokongan ahli Parlimen paling sikit dalam pembangkang dan sokongan kepada beliau semakin berkurangan.
12) Tun telah merancang untuk letak jawatan dan kemudian diangkat semula sebagai PM oleh ahli Parlimen UMNO dan Pas. Seperti yang dijelas dalam rakaman mesyuarat Bersatu. Ini jelas Tun tidak mahu kerajaan PH bertahan lama tetapi digantikan dengan kerajaan UMNO dan Pas.
13) Tun sendiri dalam mesyuarat Bersatu menyatakan beliau tidak percayakan DAP, PKR dan Parti komponen PH. Sokongan Tun ke atas DAP hanya wayang untuk diangkat oleh DAP sebagai PM.
14) Tun bukan mewakili / memimpin sebuah Parti Politik rasmi yang bersama gabungan PH. Malah Tun selesa dengan keadaan “PH Plus” supaya Tun berada di luar dari kerangka PH dan tidak mahu terikat dengan PH terutama dalam membuat keputusan dan janji.
15) Tun tidak hargai sokongan PH yang utamakan konsensus apabila melantik beliau sebagai PM walaupun Bersatu waktu itu parti paling kecil dari segi keahlian dan bilangan ahli Parlimen.
16) Tun hanya pentingkan legasi peribadi apabila ingin melaksanakan semula dasar PPSMI yang telah dibuktikan gagal dan merosakkan sistem pendidikan kebangsaan.
17) Tun telah menerima ahli Parlimen pengkhianat seperti Hamzah Zainudin dan lain-lain dari UMNO yang lompat sertai Bersatu dengan tujuan utama untuk menjatuhkan kerajaan PH.
18) Tun gagal bertegas tangani isu Jawi dan UEC hingga marak api perkauman. Sebaliknya Tun membiarkan persepsi buruk orang Melayu ke atas PH berterusan tanpa jalan penyelesaian.
19) Tun gagal tangani kes Adib dan melawan permainan persepsi musuh yang mengambil kesempatan memburukkan kerajaan PH.
20) Tun lantik diri sendiri sebagai pemangku Menteri Pendidikan menggantikan Maszlee Malik dan ia bercanggah dengan janji manifesto PH.
21) Tun melantik Muhammad Zahid Md Arip sebagai setiausaha politik beliau. Individu yang masih taat kepada UMNO dan konsisten membenci PH. Malah Tun membiarkan individu tersebut merosakkan kerajaan PH dari dalam pejabat Perdana Menteri sendiri.
22) Tun sentiasa menyalahkan orang Melayu sebagai pemalas dan tidak berusaha sebagai sebab orang Melayu miskin.
23) Tun sering menyalahkan kakitangan kerajaan dan bercadang untuk memotong gaji kakitangan awam. Tun juga memperkecilkan kakitangan kerajaan dengan kata-kata “kakitangan kerajaan sebagai gemuk”.
24) Tun telah berumur 95 tahun dan harus beri ruang kepada orang lain memimpin Malaysia ke arah yang lebih baik.
25) Tun masih berfikiran diktator. Tun fikir hanya dia saja betul. Dalam sejarah Tun bertanggungjawab menjatuhkan banyak Perdana Menteri - Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Pak Lah, Dato Najib kerana Tun fikir hanya dia saja layak memimpin Malaysia.
26) Tun suka melagakan tokoh-tokoh. Taktik Tun yang suka memecahbelahkan dan memburukkan orang lain untuk diangkat sebagai wira. Ini termasuk melaga-lagakan arwah Tun Ghafar Baba dan Anwar.
27) Tun tidak suka kepada Pendidikan Islam. Sewaktu Tun menjadi PM Tun berkali-kali menyalahkan Pendidikan Islam di sekolah dan berhasrat mengurangkan pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan.
28) Tun hanya mahu kuasa untuk selamatkan legasi dan anak beranak bukan untuk selamatkan negara.
29) Tun hanya hargai seseorang bila dalam kesusahan. Ramai tokoh politik termasuk Anwar Ibrahim diangkat dan dipuji ketika Tun terdesak untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi ditolak bila sudah berkuasa.
30) Tun hina Melayu. Tun dalam ucapan ketika ingin perkenalkan semula PPSMI dengan hina menuduh Melayu kuno dan buta teknologi.
31) Tun selalu salahkan orang lain bila tersepit. Dalam isu Memali Tun meletakkan kesalahan ke atas Tun Musa Hitam sebagai pemangku PM kononnya waktu itu Tun berada di luar negara.
32) Tun anti raja Melayu. Tun tidak hormat raja Melayu sebagai institusi penting negara dalam sistem Raja Berperlembagaan. Ini termasuk pengumuman yang dibuat Tun tentang keputusan siapa PM yang mendahului pengumuman harus yang dibuat oleh Istana Negara.
33) Tun telah rosakkan sistem kehakiman negara apabila memecat Tun Saleh Abbas. Sewaktu Tun menjadi PM kali kedua Tun tidak pernah membaiki semula kerosakan yang telah dibuat.
34) Pergolakan politik yang membawa kejatuhan kerajaan PH adalah didalangi Tun dan parti dia sendiri. Maka Tun tidak layak untuk diangkat sebagai wira kerajaan PH.
35) Tun tidak telus untuk laksanakan agenda reformasi. Hingga kini banyak dokumen-dokumen tentang reform yang dirangka menerusi pelbagai jawatankuasa tertakluk di bawah OSA dan tidak didedahkan kepada umum.
36) Tun sendiri letak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Febuari 2020 tanpa bincang terlebih dahulu dengan rakan komponen PH dan berusaha untuk menyelamatkan kerajaan PH.
37) Tun dan orang sekelilingnya angkuh, “galah hanya panjang sejengkal” tapi bising nak jawatan PM.
38) Muhyiddin dan Azmin berani jadi broker gerombolan pengkhianat, sebab Tun sendiri yang pada awalnya restu dan suka.
39) Sedari awal Anwar tekankan akan sabar dan ikut tempoh waktu transisi yang Tun mahu. Tapi tetap Tun yang gila-gila tidak mahu Anwar menjadi PM, walau janji telah dibuat sebelum PRU lepas.
40) Disebabkan Tun gila-gila benci dan khianati rakan seperjuangan dalam PH, ia membuka ruang kepada Muhyiddin kembali jalin kerjasama dengan gerombolan kleptokrat dan perasuah yang makan harta rakyat.
41) Disebabkan Tun letak jawatan tanpa berunding dengan Majlis Presiden PH, PN rampas kuasa dan ramai perasuah dan penyeleweng duit rakyat yang sepatutnya disabit bersalah, akan bebas.
42) Disebabkan kecuaian dan kerelaaan Tun, PN naik dan Muhyiddin sesuka hati membidak jawatan-jawatan Kabinet, Senator dan GLC sebab nak kekalkan kuasa.
43) Ketika berkuasa, Tun lantik dan kekalkan Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri yang bermasalah dan tak kompeten, termasuklah yang tipu kelayakan (ijazah).
44) Tun tidak cerminkan diri sendiri. Tun dan sekutunya berkali-kali tuduh Anwar gila kuasa, tapi mereka lupa nak cermin diri - siapa yang khianati PH dan penjanjian transisi? Siapa yang cuba tubuhkan kerajaan perpaduan secara senyap ketika PH menjadi kerajaan?
45) Tun takut dengan pengganti beliau yang berwibawa. Hanya dengan memberikan ruang kepada tokoh berwibawa seperti Anwar untuk jadi PM, Tun khuatir legasi beliau akan tenggelam dengan kehebatan, ketokohan dan keperihatinan Anwar membantu rakyat.
46) Tun sendiri berjanji hanya menjadi PM 8 untuk sementara dan 22 bulan adalah tempoh yang cukup baik untuk beliau menjadi Perdana Menteri sementara.
47) Sewaktu Tun menjadi PM kali kedua Tun telah meletakkan agenda reformasi di belakang.
48) Tun telah letak jawatan sebagai Pengerusi PH pada Febuari 2020. Ini bukti Tun tidak berusaha untuk menyelamatkan gabungan PH dan kerajaan PH.
49) Rakyat tidak akan percaya lagi kepada janji Tun untuk menjadi PM kali ketiga hanya untuk enam bulan kerana beliau sendiri telah berdolak-dalih menangguhkan pelan transisi yang sepatutnya dirancang beberapa bulan sebelum kejatuhan kerajaan PH.
50) Sewaktu menjadi PM Tun tidak menghormati Manifesto PH untuk tidak campur tangan dalam agensi penguatkuasaan seperti SPRM. Ini terbukti apabila Tun sewenang-wenangnya melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa merujuk kepada mandat Parlimen terlebih dahulu.
51) Tun tidak pernah jujur dengan Anwar. Tun tak pernah cuba untuk yakinkan ahli Parlimen Bersatu dan Warisan untuk sokong Anwar sebagai PM jika Tun meletakkan jawatan. Malah ketika senang Tun mengutuk Anwar dan menolak tawaran untuk melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi terbaharu akibat terdesak tiba-tiba mahu melantik Anwar sebagai TPM dengan syarat beliau diangkat sebagai PM.
“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time”
Kredit - Rausyan Fikr 2020