TIADA TINDAKAN DISIPLIN UNTUK RAFIZI-SU PKR DATO SAIFUDDIN NASUTION





Image result for SAIFUDDIN NASUTION



Kenyataan media



Saya telah dihubungi wartawan media darihal laporan yang memetik sumber dalaman parti dan dilaporkan dalam akhbar bahasa cina dsn dipetik Free Malaysia Today kononnya Rafizi Ramli Naib Presiden Keadilan telah dikenakan tindakan disiplin yakni diberi amaran dan kemungkinan dipecat keanggotaan.

2. Tiada kes displin seumpama itu yang dibawa oleh Jawatankuasa Disiplin parti pada mesyuarat biro politik yang lepas.
3. Laporan yang memetik sumber parti itu adalah tidak benar dan saya suka menganjurkan media mendapat berita dari sumber parti yang sah.

4. Keadilan tidak akan hilang fokus dalam persiapan pilihanraya dan saya menggesa seluruh anggota parti menggembeling tenaga mengukuhkan parti dan tidak bermain dengan khabar angin bertujuan adu domba.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung Keadilan
1 Sept 2017


No comments: