PRO PAKATAN VS PRO PAS


Anwar tidak keberatan PKR adakan Kongres Khas


Anwar Rafizi
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tidak keberatan sekiranya partinya ingin mengendalikan Kongress Khas sebagaimana dicadangan Naib Presiden Rafizi Ramli.
"Secara peribadi, memahami semangat demokrasi Keadilan, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas.
"Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera.
"Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan. Semua tindakan seterusnya.
Anwar mengulas sentimen Rafizi yang mengatakan tindakan Timbalan PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berunding dengan Pas mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 mengakibatkan perpecahan dalam parti itu dan mencadangkan diadakan Kongres Khas mengenainya.
Pun begitu Azmin menolak cadangan Rafizi supaya parti mengadakan kongres khas bagi menyelesaikan persoalan kerjasama dengan Pas.
Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan Pas.
Justeru Anwar menjelaskan beliau telah meneliti kenyataan Rafizi dan ahli-ahli partinya yang melahirkan keresahan dengan corak cadangan kerjasama Keadilan dengan Pas dan dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan.
Katanya, pimpinan PKR bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen rakyat dengan penuh hikmah.
"Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen Keadilan teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan Wan Azizah sejak awal lagi.
"Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi Pas mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.
"Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-BN dalam PRU 14.
Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen Keadilan dengan Pakatan Harapan.
"Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.
"Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar Keadilan adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat," ujarnya.

 "Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturrahin sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau.
"Hj Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan Pas terhadap Keadilan.
"Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengenepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan Umno-BN.
"Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.
"Menyingkap pengalaman saya berbincang dengan pimpinan Pas dan DAP secara berasingan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat, perlu diperjelas bahawa ia didasarkan kepada beberapa prinsip yang dipersetujui bersama. Kerumitan dirungkai, walaupun pada peringkat awal dilakukan secara berasingan.
"Saya akui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana Pas telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan. Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan Keadilan tidak semestinya memutuskan hubungan dengan Pas selagi ada kesediaan di pihak Pas untuk meneruskan perbincangan.
"Secara konsisten saya telah suarakan pendirian tersebut kepada pimpinan Keadilan, DAP, Bersatu dan Amanah. Pimpinan berhak membuat penilaian dari masa ke semasa.
"Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan. Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama Pas dan Umno, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden Pasa, Ustaz Tuan Ibrahim.
"Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemaskini jentera pilihanraya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan.
"Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera Keadilan bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka. Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah," ujarnya.

No comments: