Kerusi Sg Siput: Belum ada kata putus – PKR
PKR hari ini berkata belum ada perbincangan serius dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengenai status kerusi Parlimen Sungai Siput sehingga ke hari ini, ketika gabungan Pakatan Harapan sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang boleh diadakan bila-bila masa mulai sekarang.
“Sebenarnya secara jujur tidak ada perbincangan serius dengan PSM. Parti akan umumkan sama ada kerusi Sungai Siput akan terus kekal kerusi PKR atau ditandingi PSM,” kata Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh.
“Mengenai PKR atau PSM akan bertanding menggunakan logo PH atau gunakan logo PSM semua itu belum lagi, tidak lagi sampai ke situ,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat urusetia PH di Wisma Amanah hari ini.
Malah, status kerusi Parlimen Sungai Siput, yang dimenangi PSM pada pilihan raya 2008 dan 2013 atas tiket PKR, juga belum dibincangkan di peringkat sekretariat gabungan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar semalam yang mendakwa dihubungi PKR meminta beliau mempertahankan kerusi itu buat kali ke-3 menggunakan logo PKR.
Michael berkata tawaran itu menggembirakannya kerana ia membuktikan PH memberikan perhatian kepada PSM.
“PSM mempunyai ruang yang sedikit untuk bergerak,” katanya ketika dihubungi FMT.
“PSM mempunyai ruang yang sedikit untuk bergerak,” katanya ketika dihubungi FMT.
Terdahulu, DAP melalui Pengerusi Perak Nga Kor Ming mengumumkan partinya mahu meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.
Michael pernah bertanding kerusi tersebut atas tiket DAP pada 1999 menentang presiden MIC ketika itu, Samy Vellu namun tewas dengan majoriti 5,259 undi.
Michael pernah bertanding kerusi tersebut atas tiket DAP pada 1999 menentang presiden MIC ketika itu, Samy Vellu namun tewas dengan majoriti 5,259 undi.
Atas tiket PKR, Michael sekali lagi mencabar Samy Vellu pada 2004 dan menang dengan majoriti selesa 10,349 undi, dan berjaya mempertahankan kerusi itu dari Samy Vellu pada 2008 dengan majoriti tipis 1,821 undi, dan dari Timbalan Presiden Devamany S Krishnasamy pada 2013 dengan majoriti tipis 2,793 undi.