Bekas keluarga Pas dakwa membesar dalam ‘luka takfiri’, politik pernah pecahkan keluarga

 


Satu perkongsian mengenai pengalaman membesar dalam keluarga yang kuat dengan politik Pas menarik perhatian apabila penulisnya mendakwa perbezaan parti suatu ketika dahulu bukan sekadar soal politik, tetapi dianggap sebagai perbezaan pegangan agama.

Abied Abdullah menerusi tulisan bertajuk “Saya Membesar Dalam Luka Takfiri” mendakwa pengalaman tersebut bukan cerita yang didengarnya daripada orang lain, sebaliknya sesuatu yang berlaku dalam kehidupan dan keluarganya sendiri.

Menurutnya, keluarganya dibentuk oleh doktrin politik yang begitu kuat sehingga perbezaan sokongan parti akhirnya memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.

Lebih menyedihkan, beliau mendakwa pernah menyaksikan bapanya tidak bertegur sapa dengan adik perempuannya sendiri hanya kerana seorang menyokong Pas manakala seorang lagi menyokong Umno.

“Keluarga terbelah. Silaturahim terputus,” tulisnya ketika menggambarkan kesan pertentangan politik tersebut.

Malah, poster yang mengiringi perkongsian itu turut menyenaraikan dakwaan pengalaman lebih luas termasuk keluarga berpecah, sembelihan ditolak, solat dipisahkan dan pernikahan dipertikaikan kerana perbezaan politik.

Perkongsian itu menghidupkan kembali perbincangan mengenai kesan budaya takfiri dan politik kafir-mengkafir yang pernah menjadi antara isu paling panas dalam politik Melayu-Islam, khususnya ketika persaingan Pas dan Umno berada pada tahap sangat tegang.

Apa yang menarik, kisah seperti ini muncul ketika hubungan politik Pas dan Umno hari ini tidak lagi berada dalam bentuk permusuhan mutlak seperti dahulu, malah kedua-duanya pernah bekerjasama secara rasmi menerusi Muafakat Nasional.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat: jika dua parti yang pernah bertembung begitu keras akhirnya boleh duduk semeja atas kepentingan politik, bagaimana pula dengan luka dalam keluarga dan masyarakat yang tercetus akibat pertelingkahan politik pada zaman tersebut?

Pengalaman Abied Abdullah menjadi peringatan bahawa pemimpin dan parti politik boleh berubah kawan serta lawan mengikut keadaan, tetapi kesan retorik politik yang dibawa kepada akar umbi kadangkala mengambil masa jauh lebih panjang untuk dipulihkan.




‘TUNGGUUUUUU....LAGI AKAN DITANGKAP- Ini baru small potato’ – Rakyat mahu SPRM bongkar lebih ramai dalam isu Tabung Haji

 

‘

Penahanan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan wang pelaburan dan saham bernilai kira-kira RM190 juta mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap pihak lain yang mungkin berkaitan.

Bekas CEO berusia lingkungan 60-an itu direman tujuh hari sehingga 27 Ogos selepas SPRM memohon perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH.

Beberapa pihak menyifatkan penahanan berkenaan sebagai permulaan sahaja, dengan seorang netizen berkata, “big boss at the back. this is just a small potato.”

Seorang lagi pula mempersoalkan sama ada hanya seorang individu akan dikenakan tindakan susulan pelbagai isu yang didedahkan dalam laporan RCI, termasuk pelaburan bermasalah yang menyebabkan kerugian besar kepada TH.

Reaksi it muncul ketika laporan RCI yang meliputi tempoh 2014 hingga 2020 mendedahkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan kewangan, tadbir urus dan keputusan pelaburan institusi berkenaan. 

Laporan it merekodkan kewujudan transaksi mencurigakan serta penyembunyian maklumat dalam aspek tertentu dan mengesyorkan audit forensik terhadap keputusan pelaburan terdahulu.

Antara dapatan paling ketara RCI ialah TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, berbanding keuntungan RM3.4 bilion yang dilaporkan, sekiranya piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) digunakan sepenuhnya.

RCI turut mendapati kedudukan defisit aset-liabiliti TH meningkat antara 2014 hingga 2017, manakala pendekatan pengagihan keuntungan dalam tempoh berkenaan tidak mematuhi Seksyen 22 Akta Tabung Haji apabila agihan keuntungan sepatutnya dibuat daripada keuntungan sebenar, bukannya dana pendeposit.

Lebih membimbangkan, Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan telah mengeluarkan lima surat amaran kepada Pengerusi TH dan menteri yang bertanggungjawab berhubung kedudukan kewangan, rizab serta pengurusan kecairan institusi itu. 

Dalam tempoh yang turut merangkumi era pentadbiran Barisan Nasional (BN), RCI mengenal pasti 14 pelaburan bermasalah yang dikaitkan dengan kerugian berbilion ringgit.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah berkenaan mengalami kerugian 100 peratus nilai pelaburan, termasuk Al-Rawda bernilai RM1.8 bilion, Putrajaya Perdana RM193 juta dan Trurich Resources RM364 juta.

Justeru, penahanan terbaharu itu dilihat rakyat sebagai peluang untuk SPRM meneliti secara menyeluruh siapa yang bertanggungjawab terhadap keputusan-keputusan terdahulu, termasuk sama ada terdapat unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan yang boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, perintah reman hanyalah bagi memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan dan tidak bermaksud individu berkenaan telah didapati bersalah.

Setakat ini, SPRM dilaporkan telah menahan lapan individu bagi membantu siasatan berkaitan isu RCI TH, selepas tujuh individu termasuk empat bekas pengurusan kanan TH ditahan sebelum ini.




RENTASAN 1851 | PANAS!! AMARAN BUAT PMX, FELDA PERLU ‘RESET’ BESAR-BESARAN?


 

Demi penyatuan ummah, Hadi cerita anjing sekampung pula untuk pikat Umno

 


Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang tampil dengan perumpamaan luar biasa ketika cuba memujuk penyokong Umno supaya membantu Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan.

Kali ini, beliau memilih kisah anjing sekampung yang bergaduh sesama sendiri, tetapi boleh bersatu apabila muncul ancaman dari luar.

“Saya sebut tadi, anjing kadang-kadang lebih pandai daripada kita. Anjing dalam kampung kita berkelahi,” katanya.

Menurut Hadi, anjing yang sedang bergaduh akan segera menghentikan perseteruan apabila muncul rusa, kijang atau anjing dari luar kampung.

“Bila rusa, kijang atau anjing dari luar, dia bersatu kejar,” katanya.

Namun, ‘perpaduan’ itu tidak perlu bertahan lama. Selepas ancaman luar berjaya diusir, kata Hadi, mereka boleh kembali bergaduh seperti biasa.

“Lepas itu dia berkelahi baliklah. Nak berkelahi, berkelahilah,” katanya.

Berpandukan perumpamaan tersebut, Hadi meminta penyokong Umno “berehat sekejap” daripada perseteruan politik dan menyokong PN mengambil alih terlebih dahulu kerana keadaan Umno didakwanya sedang “keruh”.

Jika diterjemahkan dalam bahasa politik, Pas dan Umno tidak perlu pun benar-benar berdamai atau membina kerjasama yang ikhlas. Cukup sekadar bersatu sementara untuk mengalahkan musuh bersama.

Begitulah versi terbaharu tawaran politik Hadi kepada Umno sokong PN dahulu, ambil alih pemerintahan, kemudian bolehlah sambung bergaduh.

Daripada slogan “penyatuan ummah”, kini penyokong Umno disajikan pula dengan cerita anjing, rusa dan kijang bagi menjelaskan mengapa mereka perlu membantu PN kembali berkuasa.



RM1.165 trilion dalam 7 bulan : Eksport Malaysia pecah rekod lagi

 


Nilai eksport Malaysia mencatat rekod baharu apabila mencecah RM1.165 trilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, meningkat 29.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pencapaian itu dicapai lebih awal berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan tujuh bulan pertama 2026 sebagai tempoh terbaik dalam sejarah perdagangan luar Malaysia.

Jumlah perdagangan negara turut melonjak 24.7 peratus kepada RM2.160 trilion, manakala import meningkat 19.8 peratus kepada RM994.71 bilion.

Prestasi eksport yang lebih kukuh turut menyumbang kepada lonjakan lebihan dagangan sebanyak 138.7 peratus kepada RM170.50 bilion, berbanding RM71.42 bilion dalam tempoh sama 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Abu Bakar Yusof berkata prestasi itu mencerminkan daya tahan komuniti perniagaan tempatan dalam menghadapi persekitaran perdagangan global yang mencabar.

Bagaimanapun, beliau berkata usaha memperluas asas eksport perlu diteruskan bagi memastikan pertumbuhan perdagangan negara lebih mampan dan tidak terlalu bergantung kepada kelompok produk atau syarikat tertentu.

Menurutnya, MATRADE kini memperhebat usaha memperkasa PMKS serta syarikat peringkat pertengahan supaya pertumbuhan eksport lebih inklusif dan berasaskan kekuatan syarikat tempatan.

Dari segi produk, eksport PMKS pada 2025 meningkat 10.5 peratus kepada RM214.47 bilion, dengan bahagiannya dalam keseluruhan eksport negara meningkat kepada 14.7 peratus. Bagi Januari hingga Julai 2026, eksport makanan dan konfeksioneri meningkat 6.3 peratus, manakala farmaseutikal melonjak 29.7 peratus.

Barangan automotif turut mencatat pertumbuhan 13.8 peratus, diikuti perabot berasaskan logam sebanyak 27.8 peratus serta produk minyak sawit dan oleokimia sebanyak 13.4 peratus.

Dari sudut pasaran, Amerika Syarikat menjadi antara pemacu utama dengan eksport meningkat 58.3 peratus kepada RM206.59 bilion, manakala eksport ke Taiwan melonjak 71.4 peratus dan Hong Kong 49.8 peratus.

Eksport ke China pula meningkat 24.3 peratus, Kesatuan Eropah 29.8 peratus dan ASEAN 20.3 peratus, menunjukkan permintaan terhadap produk Malaysia terus berkembang di pasaran utama dunia.

Pasaran bukan tradisional turut memberikan sumbangan apabila eksport ke Afrika, Asia Tengah, Asia Selatan dan Amerika Latin meningkat 18.2 peratus kepada RM100.94 bilion. Eksport ke negara rakan FTA pula meningkat 22.4 peratus kepada RM737.97 bilion, merangkumi 63.3 peratus daripada jumlah eksport negara.

Dalam usaha mengekalkan momentum itu, MATRADE memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam platform perdagangan antarabangsa seperti Farnborough International Airshow, SEMICON West dan ADIPEC, selain memperkukuh akses digital menerusi Platform Perdagangan Digital MADANI, eBizLink dan eTrade. 

Perkembangan itu menunjukkan cabaran seterusnya bukan sekadar mengekalkan rekod eksport, tetapi memastikan lebih banyak PMKS mampu menembusi rantaian bekalan dan pasaran global.






Kalimantan terbakar, warga Indonesia mohon PM Anwar pertimbang bantuan

 


Seorang pengguna Threads dari Indonesia merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan bantuan Malaysia susulan kebakaran yang melanda Kalimantan.

Menerusi satu hantaran, pengguna berkenaan berharap kerjasama negara jiran dapat membantu melengkapkan usaha menangani situasi tersebut.

“PM Anwar Ibrahim, saya tahu ini bukan negara anda. Tetapi apabila kerajaan kami sendiri dilihat belum dapat mendengar semua keresahan rakyat, mungkin jiran kami boleh membantu,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan penduduk berdepan pencemaran asap, selain memberi kesan terhadap kawasan hutan dan hidupan liar.

Pengguna tersebut turut menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan penduduk yang terjejas dan berharap tindakan lebih menyeluruh dapat digerakkan.

“Kalimantan sedang terbakar. Orang ramai menghirup asap. Hutan dan hidupan liar sedang dimusnahkan,” tulisnya.

Justeru, beliau memohon Malaysia mempertimbangkan bantuan pemadaman kebakaran, tindak balas bencana atau kemanusiaan sekiranya mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.




"SIBUK JADI HERO, LAST KOYAK JUGAK" ! YB LARUT MEMALUKAN !


 

RAFIZI BERI JAWAPAN! APA JADI JIKA BN-PN BERJAYA MENANG PRU16?"


 

SPRM menahan lima individu berhubung penjualan tanah Perda RM1.96 juta


 

NI PUJI PUJI BUKAN BOLEH..SEBAB TAK MASUK MAZHAB PAS. ..KALAU MASUK BALA PUN DEPA TAK BIR....


 

FITNAH DAH DISEBAR. LEPAS TU MINTA MAAF


 

KALI NI MEMANG KENA....MINTA RESHUAH


 

NI MP MANA YANG BENGGONG. HANG MEMANG SILAP LA HENTAM PASAL PRUMAHAN UNTUK RAKYAT.


 

KESIAN NASIB HANG= @thekapitanMY SEBAB TU BERIA SANGAT NAK MUAFAKAT


 

PM Anwar Selamat Tiba Di Brunei Hadiri ALC Ke-27

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Putera Abdul Mateen Bolkiah setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di sini, hari ini, untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dengan Brunei.

Pesawat khas membawa beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini, pada jam 6.10 petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Putera Abdul Mateen Bolkiah setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan para pegawai kanan kerajaan negara itu.

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Amran Mohamed Zin; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Putera Abdul Mateen Bolkiah setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Esok, Anwar dijadualkan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman, di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar juga dijangka menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pengurusan bencana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Putera Abdul Mateen Bolkiah setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Pada 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Brunei dicatatkan sebanyak RM5.86 bilion (AS$1.37 bilion).

Jumlah eksport ke Brunei pada 2025 bernilai RM4.20 bilion (AS$0.98 bilion), manakala jumlah import dari Brunei bernilai RM1.66 bilion (AS$0.39 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara telah mencecah RM2.38 bilion (AS$0.6 bilion).




Ringgit Terus Mengukuh Kepada RM4.03 Berbanding Dolar AS

 


Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.0365/0405 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0470 ketika ditutup pada Khamis. Foto Mikail Ong

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan lebih kukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS), walaupun hasil Perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan.

Mata wang tempatan mendapat sokongan daripada kenaikan hasil bon Malaysia, selain kebimbangan pelabur bahawa campur tangan dalam pasaran bon AS baru-baru ini boleh memberi tekanan kepada dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.0365/0405 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0470 ketika ditutup pada Khamis.

Kedudukan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika semakan dibuat jam 10.40 pagi 20 Ogos 2026. Foto Yahoo Finance

Ahli Strategi Global Quintex Intel, Stephen Innes, berkata campur tangan kerajaan AS dalam pasaran bon boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap aset negara berkenaan, sekali gus berpotensi memberi tekanan kepada dolar AS.

“Apa yang membimbangkan adalah usaha untuk menekan hasil jangka panjang AS akhirnya boleh menyerupai satu bentuk pengurusan keluk hasil atau penindasan kewangan yang secara sejarahnya memberi tekanan kepada dolar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kerajaan AS seharusnya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hasil dan mengawal perbelanjaan bagi memperlahankan pertumbuhan hutang kerajaan.

Hutang kerajaan AS kini mencecah AS$40 trilion buat kali pertama, bersamaan kira-kira RM161.54 trilion berdasarkan kadar pertukaran semasa sekitar AS$1 bersamaan RM4.0385.

“Program pembelian semula bon hanya akan memberi ruang masa, kerana pasaran pada akhirnya akan kembali memberi perhatian kepada kedudukan fiskal AS untuk membuat penilaian,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit turut ditutup lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pada 8 pagi 20 Ogos 2026, ringgit mengukuh kepada 4.0455/0540 berbanding dolar AS, daripada 4.0565/0610 ketika ditutup pada Rabu. Foto Bernama

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5449/5476 daripada 2.5527/5557 pada Khamis dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5118/5173 daripada 5.5164/5225.

Ringgit turut menokok berbanding euro kepada 4.7227/7274 daripada 4.7322/7374 sebelumnya.

Berbanding mata wang serantau, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1809/1843 daripada 3.1813/1851 dan meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.54/6.55 daripada 6.55/6.57 pada Khamis.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 228.1/228.4 daripada 227.7/228.1 dan melemah berbanding baht Thailand kepada 12.3474/3638 daripada 12.3014/3211.



SEBENARNYA wa ok aje.



Wang Xiang




Apa salahnya. 

Wa pun mau sangat² kalau boleh Pas jadi kerajaan Malaysia secara solo. 

Sebab bila secara solo Pas boleh buat macam².

Nak buat hudud, nak tutup semua kedai judi dan kedai arak dan macam² lagilah. 

Nak haramkan Dap pun boleh. 

Ekonomi pasti melonjak dan rakyat tidak derita dan sengsara lagi. 

Pas ada cara dah kaedah untuk selesaikan masalah rakyat. 

Percayalah, Pas cukup banyak idea, cuma sekarang Pas tak boleh nak umum kat rakyat. Takut nanti Madanon tiru idea mereka.




PENCERAHAN PENTING: Mitos Ubat Kolesterol (Statin) & Pesakit Strok 🧠💊






Bimbang melihat ramai yang terpengaruh dengan tanggapan salah bahawa ubat statin menghalang pemulihan otak selepas strok. Tindakan menghentikan ubat ini tanpa nasihat doktor boleh meningkatkan risiko serangan strok kali kedua yang boleh membawa maut.

Penjelasan lanjut daripada Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah:

Mitos Otak & Kolesterol: Ubat statin tidak merencatkan kolesterol otak kerana terhalang oleh  Blood-Brain Barrier  (BBB). Otak hasilkan kolesterolnya sendiri secara berasingan.

Tujuan Statin: Bukan sekadar turunkan kolesterol, tetapi menstabilkan plak saluran darah ( secondary prevention)  agar tidak pecah semula.

Fungsi Hormon & Vitamin: Statin tidak menghentikan penghasilan kolesterol secara total—tubuh masih menghasilkan asas yang cukup untuk hormon dan Vitamin D.

Sains perubatan berasaskan bukti ( evidence-based medicine) , bukannya andaian. Jemput baca tulisan penuh Dr. di bawah untuk kefahaman yang betul. Jemput kongsi demi kesihatan insan tersayang! 👇🏻





KENAPA MALAYSIA TIDAK BOLEH BERSIKAP NEUTRAL ATAU SAMAR-SAMAR DALAM ISU CHINA-TAIWAN?







Nak faham cerita ini, kene baca sejarah China-Taiwan.


PART 1: CHINA SEBELUM ZAMAN MODEN


Sebelum tahun 1894: Taiwan berada di bawah pemerintahan langsung kerajaan China


Tahun 1894: Dinasti Qing China dan Empayar Jepun berperang


Tahun 1895: Dinasti Qing China kalah dalam perang dengan Empayar Jepun. China terpaksa serah Taiwan kepada Jepun


PART 2: KELAHIRAN REPUBLIK CHINA (ROC)


Tahun 1912: Dinasti Qing tumbang, Kuomintang ambil alih pemerintahan China dan menamakan China sebagai Republik China (ROC)


Tahun 1945: Jepun pula kalah dalam Perang Dunia Kedua, maka Taiwan dikembalikan kepada Republik China (ROC) yang diasas oleh Kuomintang


PART 3: KELAHIRAN REPUBLIK RAKYAT CHINA (PRC)


Tahun 1949: Dalam perang saudara di antara Kuomintang dan Parti Komunis China, Kuomintang kene lunyai teruk dan terpaksa melarikan diri ke Taiwan. Parti Komunis China yang mengambil alih pemerintahan tanah besar China menamakan semula Republik China (ROC) sebagai Republik Rakyat China (PRC)


———-


Kenapa wujud isu China-Taiwan?


Walaupun Kuomintang dilunyai teruk dan terpaksa melarikan diri ke Taiwan, mereka dakwa mereka tidak pernah mengakui kalah.


Kuomintang dakwa, mereka masih pemerintah sebenar China…… walaupun secara hakikatnya Kuomintang telah melarikan diri dan bersembunyi di Taiwan pada tahun 1949.


Kuomintang dakwa, nama rasmi China masih Republik China (ROC) iaitu nama pengasasan China moden oleh Kuomintang sendiri pada tahun 1912…… walaupun secara hakikatnya Kuomintang telah melarikan diri dan bersembunyi di Taiwan pada tahun 1949.


Maka wujudlah dua China.

1. Republik Rakyat China (PRC) pimpinan Parti Komunis China di Beijing 

2. Republik China (ROC) pimpinan Kuomintang di Taipei.


Akibat tertimbulnya dua China, iaitu Beijing (PRC) dan Taipei (ROC) dan masing-masing tak nak mengalah, maka timbul lah keadaan ini:


“Kalau you sokong Beijing (PRC), you tidak boleh sokong Taipei (ROC)”

“Kalau you sokong Taipei (ROC), you tidak boleh sokong Beijing (PRC)”


Pada era 1940an sehingga 1970an, lebih banyak negara menyokong Taipei (ROC) kerana ditekan dan dipengaruhi oleh Amerika Syarikat.


AS menekan negara-negara lain supaya tidak mengiktiraf Beijing (PRC) atas alasan mahu menyekat komunisme. Malah kerusi China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga dipegang oleh Taipei (ROC).


Pada 1971, PBB membuat satu undian dalam kalangan negara-negara anggota. Persoalan yang berbangkit ialah sama ada negara-negara anggota mengiktiraf Beijing (PRC) sebagai wakil China atau Taipei (ROC) sebagai wakil China.


132 negara anggota PBB pada ketika itu.

76 negara sokong Beijing (PRC).

35 negara sokong Taipei (ROC).

17 negara tidak mengundi.


Negara-negara yang tidak menyokong Beijing (PRC) dan menyokong Taipei (ROC) siapa? Sudah tentunya termasuk Amerika Syarikat dan juga sekutu-sekutu dan macai-macai tegar AS seperti Jepun, Filipina, Australia.


Namun, Beijing (PRC) masih menang.

Beijing (PRC) menjadi wakil China di PBB.

Blok AS kalah.

Taipei (ROC) kalah.

Taipei (ROC) ditendang keluar daripada PBB.


Selepas pengiktirafan di PBB, lebih banyak negara mula menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing (PRC), termasuklah Malaysia pada tahun 1974.


Masuk tahun 2026, daripada 193 negara anggota PBB, 181  negara anggota mengiktiraf Beijing (PRC).


Hanya 12 negara mengiktiraf Taipei (ROC). 12 negara ini negara-negara yang sangat kecil seperti Eswatini, Palau, Tuvalu, Saint Lucia, Belize, Marshall Islands, Saint Kitts and Nevis. Korang mungkin tidak tahu pun kewujudan negara-negara kecil ini.


So, Taipei (ROC) tertekan.


Presiden Taipei (ROC) tidak boleh buat lawatan rasmi sebab takde negara iktiraf Taipei (ROC).

Menteri-menteri Taipei (ROC) hanya mampu duduk kat Taiwan je sebab takde mana-mana negara nak sambut dorang.

Taipei (ROC) tidak boleh join acara atau badan antarabangsa kerana tidak wujud istilah “ROC” di mata dunia.


Maka Taipei (ROC) terpaksa berdamai dengan Beijing (PRC). Dan Beijing (PRC) berlembut dengan Taipei (ROC).


Walaupun berkedudukan sebagai abang besar.

Walaupun diiktiraf oleh majoriti negara anggota PBB.

Walaupun dengan kekuatan ekonomi yang nyata.

Walaupun boleh je bila-bila masa menakluk Taipei (ROC).

Akan tetapi, Beijing (PRC) masih memberi muka dan bertolak ansur dengan Taipei (ROC).


Beijing (PRC) berpegang pada fahaman dan falsafah turun temurun orang Cina, iaitu keharmonian dan keamanan.


Kene ingat. AS mempunyai sejarah panjang mengebom dan menakluk Iraq, Afghanistan, Vietnam, Syria, Laos, Lebanon, Puerto Rico, Guam, Korea dan banyak lagi negara-negara lain. Tetapi China tidak pernah menakluk mana-mana negara lain dalam sejarah moden.


Maka pada tahun 1992, melalui “Konsensus 1992”, Beijing (PRC) memberi ruang kepada Taipei (ROC) membuat definisi sendiri tentang maksud “China”. Ertinya kalau Taipei nak teruskan mengguna istilah ROC bagi menamakan China, teruskan lah. Malah Beijing (PRC) juga membenar Taipei (ROC) menyertai acara-acara antarabangsa di bawah bendera bukan China.


Sebab itu, dalam acara badminton ke apa, korang akan jumpa bendera “Chinese Taipei (ROC)” yang berwarna putih. Beijing (PRC) membenar Taipei berbuat sedemikian.


Fikir sejenak.


Beijing menang perang saudara.

Beijing kuasai tanah besar China secara total.

Beijing jauh lebih kuat dalam ketenteraan.

Beijing jauh lebih kuat dalam ekonomi.

Tapi tidak apa lah.

Demi keharmonian dan keamanan, Beijing (PRC) memberi ruang kepada Taipei (ROC).


“Konsensus 1992” ini lah yang menjadi asas kepada keamanan yang terjalin di antara China dan Taiwan di antara tahun 1992 sehingga tahun 2000. Kuomintang di Taipei dan Parti Komunis China di Beijing tidak lagi bergaduh,


Tetapi pada tahun 2000, masalah besar timbul.


Kuomintang yang menjadi kerajaan Taiwan lebih 50 tahun telah kalah dalam pilihan raya Presiden. Kekalahan pertama dalam sejarah Taiwan.


DPP segerakan gerakan kemerdekaan Taiwan. Sentimen “Taiwan harus merdeka” ditanam dalam kepala otak rakyat Taiwan.


Dengan sentimen kemerdekaan itu, DPP telah menang dalam semua Pilihan Raya Presiden (2000, 2004, 2016, 2020 & 2024) kecuali dua kali (2008 & 2012). Hubungan Beijing (PRC) dan Taipei (ROC) menjadi semakin tegang.


Jadi apakah pendirian Malaysia dalam isu ni?


Malaysia tidak ada ruang untuk menjadi neutral.


Apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing (PRC) sejak tahun 1972, kita telah secara langsung mengiktiraf Beijing (PRC) sebagai kerajaan sah dari segi undang-undang antarabangsa.


Sebab itu kat Jalan Ampang ada sebuah Kedutaan PRC (Beijing). Tapi korang nak cari Kedutaan ROC (Taipei) memang korang takkan jumpa. Yang ada cuma “Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei".


Malah negara-negara yang kononnya menyokong Taiwan seperti AS, Jepun dan Filipina pun mengiktiraf “One China”, iaitu Taiwan adalah sebahagian daripada China.


Kenyataan PMX sokong China guna tentera macam mana?


Beginilah. Kita terbalikkan keadaan.


Kalaulah Presiden Filipina kata, “negara Malaysia tidak harus dan tidak boleh guna tentera sekiranya Sabah Sarawak mahu isytihar merdeka”.


Apakah reaksi rakyat Malaysia?


Deiiiii!!! Sabah Sarawak sebahagian daripada Malaysia. Kalau anasir-anasir luar menghasut Sabah Sarawak menjadi merdeka, sudah tentunya kerajaan Malaysia berhak mengguna tentera untuk menekan habis-habisan anasir-anasir ini.


Itu lah pendirian Malaysia dalam isu China-Taiwan. China berhak mengguna tentera, sekiranya Taiwan yang merupakan sebahagian China mengisytihar merdeka.


Korang kene faham. Taipei (ROC) pimpinan DPP protes keras sebab DPP membawa naratif kemerdekaan. DPP kene protes supaya pengundi-pengundi DPP terus mengundi DPP. Kalau Taipei (ROC) pimpinan DPP tidak protes, habis lah undi mereka dalam pilihan raya akan datang. 


Ada pihak bangkitkan pasal pelaburan semikonduktor Taiwan. Macam mana?


Deiiiii…. Kilang-kilang semikonduktor ini bukan budak-budak beremosi yang mudah dihasut oleh sentimen dan retorik politik.


Mereka taikun perniagaan.

Mereka pro-keuntungan.

Mereka kapitalis.


Sekiranya kerajaan Taipei (ROC) pimpinan DPP sekat pelaburan semikonduktor ke Malaysia, yang sakit bukan Malaysia. Yang sakit itu taikun-taikun kilang semikonduktor Taiwan kerana terpaksa membina semula rantaian bekalan yang baharu di tempat lain.


Dalam pilihan raya Presiden akan datang, taikun-taikun kilang semikonduktor akan pastikan DPP tumbang.


Hakikatnya, taikun-taikun semikonduktor Taiwan ramai pro-China.

Tetapi mereka pro-China bukan sebab politik atau sebab sayang Parti Komunis China.

Mereka pro-China sebab mereka pro-keuntungan.

Pro-keuntungan bererti menerima hakikat bahawa pasaran China jauh lebih luas & penting berbanding pasaran Taiwan.


Taikun-taikun semikonduktor Taiwan takkan bodoh sangat nak tutup pasaran luas & penting China semata-mata nak “perjuangkan kemerdekaan Taiwan”.


Taikun-taikun semikonduktor Taiwan pun takkan bodoh sangat nak tutup rantaian bekalan mereka di Malaysia semata-mata “sakit hati dengan kenyataan PMX”.




RASUAH JANGAN DIJADIKAN SENJATA POLITIK









Kita boleh bersetuju pada satu perkara iaitu rasuah memang haram dan wajib diperangi. Al-Quran melarang memakan harta secara batil, manakala hadis memberi amaran keras terhadap pemberi, penerima dan orang tengah rasuah.


Namun masalah bermula apabila prinsip agama dicampurkan dengan generalisasi kaum dan naratif politik tanpa bukti.


Rasuah bukan dosa Melayu, Cina, Islam atau bukan Islam. Rasuah ialah perbuatan manusia. Jika seorang Muslim melakukan rasuah, dia berdosa. Jika bukan Muslim melakukannya, perbuatannya juga salah. Jangan mendakwa sesuatu kaum lebih bersih atau lebih korup tanpa data yang kukuh.


Begitu juga dakwaan bahawa orang Islam lebih terpelihara daripada rasuah kerana akidah, manakala bukan Islam lebih banyak terlibat. Itu ialah dakwaan empirikal yang memerlukan bukti, bukan sekadar andaian.


Allah berfirman “Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah; ia lebih dekat kepada takwa.” Surah al-Ma’idah 5:8


Maka jika ada dakwaan rasuah, siasat perbuatannya, bukan menghukum kaumnya. 


Tabung Haji disiasat jika ada salah laku. GLC disiasat jika ada salah laku. Kerajaan negeri disiasat jika ada salah laku. Pemimpin PAS, PH, BN, PN atau mana-mana parti juga mesti disiasat jika bersalah. Jangan gunakan dua neraca.


Dakwaan bahawa sesebuah kerajaan atau parti tertentu “bersih daripada rasuah” juga perlu dibuktikan melalui data, audit, laporan dan rekod penguatkuasaan, bukan sekadar slogan politik.


Islam tidak memberikan imuniti moral kepada sesiapa hanya kerana memakai label Islam. Jubah tidak menghalalkan rasuah. Serban tidak menggantikan audit. Ayat al-Quran tidak menggantikan bukti. Label Islam bukan sijil bebas rasuah.


Membanteras rasuah menurut kerangka maqasid bukan sekadar menangkap beberapa orang. Ia menuntut ketelusan, audit yang berkesan, penguatkuasaan yang bebas, tadbir urus yang baik dan tindakan tanpa memilih bulu.


Jangan sampai rasuah yang sepatutnya menjadi kemungkaran untuk diperangi berubah menjadi peluru politik untuk menyerang lawan.


Allah mengingatkan “Mengapa kamu menyuruh orang lain berbuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri?” Surah al-Baqarah 2:44


Ayat ini bukan hanya untuk dibacakan kepada musuh politik. Ia juga cermin untuk diri sendiri.


Kesimpulan


Rasuah tidak mempunyai bangsa, parti atau jubah. Yang ada ialah manusia yang amanah dan manusia yang khianat.


Kalau benar mahu memerangi rasuah, audit orang sendiri, siasat orang sendiri, tegur orang sendiri dan hukum orang sendiri jika terbukti bersalah.


Kerana keadilan Islam tidak bermula dengan soalan, “Dia orang kita atau orang mereka?” Sebaliknya “Apa buktinya? Apa yang benar? Dan apakah yang dituntut oleh keadilan?”


Itulah takwa dalam politik bukan sekadar pandai bercakap tentang takwa.


IBNU ALI





RM22 JUTA!! - BAGAIMANA HAMZAH TERLIBAT DALAM SKANDAL TABUNG HAJI? | RCI TH


 

RAFIZI PERSOAL PAS & UMNO KENAPA TAK DEDAH RCI TH KERANA SIAP PADA 2022 MASA ISMAIL SABRI JADI PM


 

Anwar: Kelemahan FELDA mesti jadi iktibar, bukan warisan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap kelemahan dan permasalahan yang berlaku dalam pengurusan FELDA sebelum ini perlu dijadikan iktibar dan tidak boleh dibiarkan berulang.

Beliau berkata, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti setiap kelemahan, melakukan penambahbaikan serta mengambil tindakan tegas bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan agensi berkenaan.

“Setiap kelemahan dan permasalahan yang berlaku sebelum ini mesti dijadikan iktibar dan tidak boleh dibiarkan berulang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan tidak boleh terus terperangkap dalam polemik masa lalu sebaliknya perlu memastikan setiap penemuan berkaitan kelemahan FELDA disusuli dengan tindakan pembaikan.

“Apa yang lebih penting ialah memastikan setiap penemuan dan kelemahan dikenal pasti, diperbaiki dan disusuli dengan tindakan yang tegas bagi memperkukuh tadbir urus serta pengurusan FELDA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Sesi Ramah Mesra bersama pengurus-pengurus FELDA, dengan menekankan keperluan memperbaiki kecekapan dan integriti dalam pengurusan institusi berkenaan.

Anwar berkata kesilapan yang berlaku pada masa lalu tidak seharusnya diwariskan kepada generasi seterusnya, sebaliknya dijadikan pengajaran bagi memastikan pengurusan FELDA lebih baik.

“Kesilapan lalu mesti menjadi pengajaran, bukan warisan,” katanya.

Menurutnya, pengurusan FELDA hari ini perlu lebih cekap, berintegriti dan bertanggungjawab dengan memberikan tumpuan jelas kepada kepentingan peneroka serta masa depan institusi berkenaan.

Anwar turut menegaskan Kerajaan MADANI komited memastikan FELDA terus diperkukuh, selain ditadbir dan diurus secara amanah, cekap serta berakauntabiliti.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan FELDA kekal sebagai institusi yang kukuh dan manfaatnya benar-benar dapat dikembalikan kepada peneroka serta generasi akan datang.





Hadi serang Malaysiakini, Aziz Bari buka ‘fail lama’: Dulu mereka pertahan Pas

 


Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengingatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa portal Malaysiakini pernah memberikan ruang dan mempertahankan hak parti itu ketika berdepan tekanan politik pada 1999.

Peringatan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Malaysiakini menyebarkan “ajaran sesat”, yang disifatkan Aziz sebagai tuduhan berat, mengelirukan dan tidak adil.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Tebing Tinggi itu, Malaysiakini banyak memberikan ruang kepada Pas sejak mula beroperasi pada 1999, termasuk ketika negara berada di bawah pentadbiran sebelum 2018.

Malah, katanya, portal berkenaan pernah mempertahankan hak Pas ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menghapuskan perkataan “Islam” daripada nama parti itu pada 1999.

“Sebagai ahli politik dan Ahli Parlimen veteran, beliau sepatutnya sedar serta mengakui peranan penting media dalam masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media.

Aziz berkata, jika Abdul Hadi tidak berpuas hati terhadap laporan Malaysiakini, beliau sepatutnya menggunakan saluran yang tersedia termasuk mengemukakan aduan kepada Majlis Media Malaysia.

Beliau turut mencadangkan pengurusan Malaysiakini mengkaji kemungkinan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan tersebut kerana ia membabitkan kepentingan masyarakat dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

Dalam pada itu, Aziz mendakwa beberapa pandangan Abdul Hadi sebelum ini bersifat perkauman dan tidak sesuai dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Menurutnya, pandangan berkenaan juga tidak mencerminkan Islam sebagai agama yang membawa konsep rahmatan lil alamin.

Sehubungan itu, Aziz menyarankan Abdul Hadi berundur daripada ruang awam dan memberikan perhatian kepada kesihatan serta kebajikan dirinya sendiri.

“Justeru, dengan rasa hormat, eloklah beliau berundur daripada ruang awam dan menumpukan perhatian kepada kesihatan serta kebajikan dirinya sendiri,” katanya.





LOKE SEKOLAH KETUA PEMBANGKANG SAMPAI KOYAK ! KECOH DEWAN !