MINDEF sedang mempertimbangkan perolehan jet pejuang Generasi ke-5 baharu dari Perancis, Amerika Syarikat atau Rusia ?
Sebelum itu, ulasan ini berkisar dari ucapan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat.
Kenapa tiba-tiba ?
Ini kerana kemungkinan kelewatan dan ketidaktentuan dalam perjanjian pesawat F/A-18 C/D Hornet Kuwait. (dump the project)
Kementerian Pertahanan sedang meneroka potensi perolehan jet pejuang generasi ke 5 baharu sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan armada jangka masa panjang, dengan pengurusan dan pelaburan yang lebih berbaloi.
Pilihan untuk memperoleh jet pejuang generasi kelima (5G) baharu dari Perancis, Amerika Syarikat atau Rusia.
"Penyerahan F/A-18 Hornets yang tertangguh dari Kuwait kekal tidak menentu." - Sidang Dewan Rakyat
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pertimbangan itu merupakan sebahagian daripada objektif lebih luas kerajaan untuk menggantikan armada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat baharu menjelang 2040.
"Kami kini berada dalam kedudukan untuk mempertimbangkan pilihan untuk memperoleh jet pejuang 5G baharu, sama ada dari Perancis, AS atau Rusia. Proses penilaian akan menjadi panjang, dan syor akhir mungkin hanya dapat dilaksanakan menjelang 2033 atau 2034," katanya di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13.
----------------
Ok, ulasan kita sebagai netizen dan pemerhati pertahanan.
SOALAN : Adakah tuan-tuan setuju perolehan pesawat Generasi ke 5 ? atau Malaysia pakailah sekejap jet pejuang gen 4.5
sedang China sudah ada ratusan J-20 dan 50 buah J-35, separuh daripada jumlah itu beroperasi atas aircraft carrier, belum diambil kira J-15 dan pelbagai variasi tempur lain, jiran kita Filipina pun tidak lama lagi jet baru.
Perlu faham kos, pakai lama perlu kos, upgrade perlu kos, naik taraf infra perlu kos, update software perlu kos, nak update senjata perlu kos, semuanya kos, persoalannya, kemana kos tersebut akan disalurkan...
Sebab itu option sedia ada menjurus yang boleh beri transfer of technology, dan pada admin infra sedia ada boleh tampung pesawat tu, cuma perlu tambah atau perbesarkan, dari hendak bermula dari 0 belanja besar.
Bab negara mana tu abaikan, Perancis tiada 5th gen, kalau ada pun development phase dalam blueprint sahaja.
Kemudian Amerika Syarikat F-22 Raptor ? jawapannya ia tidak dijual
, F-35 ? Amerika ada tawarkan ke ? contoh Thailand adalah contoh mudah, sebab Amerika juga akan ambil kira faktor kemampuan pengurusan. Kalau tawarkan alhamdulillah.
Russia ?
Mohon jangan sebut "ada duit ke ?"
Tuan-tuan perlu faham bila sudah disebut, bermaksud ia optional, pilihan yang sudah dipertimbangkan diperingkat tertinggi, keputusan yang keluar, bukan seperti keputusan sembang kedai kopi seperti kita 
Kita bukan negara tiada duit, ini bab CARA, bagaimana caranya ? biarlah menteri yang sampaikan nanti.
Perlu faham, bab ini tuan-tuan perlu faham geopolitik dan keadaan serantau pula, hal ini bukan macam kita masuk pasar raya terus pilih dan beli barang, tidak begitu... ada perkara kita perlu fikir "over the horizon"...
"Kita mahu lihat TUDM ke hadapan" 
Aset baharu lebih berbaloi untuk dioperasikan, ditambah kemampuan baharu dan tempoh operasi jauh lebih lama kehadapan 
Begitulah yer,
Oleh Salman Al Farisy
No comments:
Post a Comment