Ini senarai 15 kawasan di Semenanjung alami status cuaca panas tahap satu dan dua
Status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia pula berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.
Kawasan terbabit termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).
MetMalaysia menerusi kenyataan itu berkata, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca panas harian.
No comments:
Post a Comment