Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video yang tular mendakwa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah.
"Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung.
"Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan kerana beliau mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-nafi-tuduhan-simpan-wang-parti-di-rumah-551588
#AWANInews

No comments:
Post a Comment