Utamakan Bahasa Melayu, Penguasaan Bahasa Lain Digalakkan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto Bernama

PETALING JAYA, 13 Dis – Bahasa Melayu perlu diberi keutamaan sebagai bahasa kebangsaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap pada Majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di sini, hari ini, Perdana Menteri menjelaskan, penguasaan bahasa lain juga harus diberi tumpuan dengan semangat sama bagi melahirkan generasi muda yang lebih kompetitif di peringkat global.

“Kita bermula dengan agenda nasional kita untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan seterusnya menumpukan kepada peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Langkawi bagi meninjau perkembangan terkini situasi semasa di pulau bebas cukai itu pada 12 Disember 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bahasa Inggeris penting dalam kehidupan kita dan anak-anak dalam dunia global ini.

“Jadi nombor satu Bahasa Melayu, nombor dua Bahasa Inggeris dan nombor tiga Cina, termasuk UEC,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga komited untuk memastikan Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.



No comments: