ANALISIS
Nampaknya tekanan kepada Pengerusi PN dan Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin semakin teruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamed campur tangan.
Kalau sebelum ini, ahli parti beliau yang memberikan tekanan, kini Mahathir juga menekan beliau.
Ia bermula dengan perhimpunan agung parti itu September lalu apabila Mahiaddin sendiri mendedahkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau melalui kutipan tanda tangan untuk mendesak beliau meletakkan jawatan.
Ekoran pendedahan yang mengecohkan itu, Mahiaddin berjaya mendapatkan mandat dari perhimpunan itu untuk menamakan beliau sebagai calon PM dari Bersatu.
Namun ia tidak berhenti di situ. Ia merebak terus apabila bekas Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dipecat manakala Wan Ahamd Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Macang di gantung keahlian parti.
Sejak itu, satu demi satu sidang media dibuat menuntut Mahiaddin melepaskan jawatannya sebagai Presiden Bersatu
Ekoran kekalahan teruk PN dalam PRN Sabah, sekali lagi Mahiaddin ditekan agar melepaskan jawatannya oleh pemimpin Bersatu di Sabah.
Turut kecoh apabila Mahiaddin mengumunkan calon PN dari Pas yang menang di Karambunai, Sabah tidak menyertai blok kerajaan, tetapi Timbalan Presiden Pas pula mengumumkan beliau menyertai blok kerajaan Sabah.
Serentak dengan itu juga, pimpinan akar umbi Bersatu memberikan tekanan ke atas Mahiaddin. Di Perak, 18 Ketua Bahagian Bersatu membuat sidang media mendesak Mahiaddin melepaskan jawatannya.
Antaranya mereka mendakwa amat sukar untuk mereka mempertahankan Mahiaddin apabila menantu beliau lari keluar negara selepas dicari oleh SPRM.
Sehari selepas itu, ketua-ketua bahagian yang menyokong Mahiaddin pula membuat penyataan khas mereka menyokong Mahiaddin. Ia diketuai oleh timbalan presiden yang diturunkan pangkat, Datuk Faizal Azumu.
Dalam masa yang sama, Ketua Bersatu Port Dickson, Chegu Bard atau nama sebenarya Badrul Hisham Shahrin membuat kempen jalan kaki ke Johor. Beliau mendedahkan banyak perkara tentang kekecohan dalam Bersatu dalam kempen ini.
Selepas itulah, Mahathir turut campur tangan dan tidak duduk diam lagi. Beliau tampil ke depan seolah-olah dialah yang menjadi dalang sebenarnya dalam kekecohan dalam Bersatu ini.
Tun Mahathir dedah kalau Muhyiddin tidak menjadi PM dia akan masuk ‘dalam’.
Perkara itu didedahkan mantan PM dua kali itu dalam satu pertemuan bersama Armada Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10 Disember lalu.
“Dia bukan apa..dia ada masalah, dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana dia nak berkhidmat.
“Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri ada kemungkinan dia masuk dalam..pasal dia pun curi duit…saya tahu,” katanya.
Mahathir mendakwa, Ahli Parlimen Pagoh itu mencuri duit sumbangan kepada parti PN dan didakwa disimpan di kediamannya.
“Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti dia simpan di rumah dia,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mendakwa dengan peruntukan dana yang banyak itu juga menjadi punca kepada kekalahan beliau di Langkawi dalam pilihan raya sebelum ini.
“Duit itulah dia belanja..belanja banyaklah sampai saya kalah di Langkawi, pasal inilah orang-orang dia menang,” katanya yang tewas dalam pertembungan lima penjuru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga hilang wang deposit.
Kenyataan Mahathir ini amat mengejutkan kerana ia berlaku ketika beliau berusaha kononnya untuk menyatukan Melayu di negara ini.
Kalau begitu, beliau sebenarnya bukan menyatukan Melayu bahkan memecahkan Bersatu yang sememangnya sudah mahu pecah.
Jadi sekarang Mahathir menyertai Pas dan penentang Mahiaddin dalam Bersatu untuk memberikan pakuan terakhir kepada PN dan Bersatu agar Berpecah.
No comments:
Post a Comment